gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Full House! Baju ‘Rosak’ Tak Halang Nadin Amizah Beri Persembahan Penuh Bertenaga Di Showcase Malam Mendengar
HIBURAN
Pelakon Wanita Kena Halau Di Festival Cannes, Pakai Baju Mencolok Mata
HIBURAN
“Dia Pun Bukan Taste Saya, Saya Anggap Macam Adik” - Fieya Julia Respons Isu Kenyataan Luqman Faiz
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

“Dia Pun Bukan Taste Saya, Saya Anggap Macam Adik” - Fieya Julia Respons Isu Kenyataan Luqman Faiz

gempak
Umirah Halim
17/05/2025
09:55 MYT
Sponsor Banner
“Dia Pun Bukan Taste Saya, Saya Anggap Macam Adik” - Fieya Julia Respons Isu Kenyataan Luqman Faiz
Penyanyi, Fieya Julia, tampil mengulas mengenai kontroversi yang melibatkan dirinya dan rakan duetnya, Luqman Faiz, selepas kenyataan penyanyi lelaki itu mengenai hubungan mereka menerima pelbagai reaksi dari netizen.
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Fieya menjelaskan bahawa hubungan mereka telah lama terjalin atas dasar persahabatan yang erat.
“Saya sayang dia, saya sayang semua rakan-rakan artis Aries macam family saya sendiri. Terima kasih atas keprihatinan anda semua, kita orang baik-baik saja. Maafkan dari side dia atas kata-kata yang mungkin kurang menyenangkan. Saya kenal dia macam mana, kita berkawan dah macam family lebih dari 7 tahun,” katanya.
Meskipun ada sedikit terasa hati dengan kenyataan yang dibuat Luqman mengenai dirinya, namun Fieya menganggap perkara tersebut hanyalah salah faham.
“Perkara terasa tu normal, saya ada perasaan. Tapi saya marah sekejap je, lagipun benda ni memang joke kita kawan-kawan. Cuma silapnya TER sebar di public,” jelasnya lagi.
Dalam pada itu, Fieya turut menjawab spekulasi mengenai hubungan mereka secara bersahaja dan turut menegaskan bahawa Luqman bukanlah pasangan yang sesuai juga dengannya kerana menganggap hubungan mereka sudah seperti adik-beradik.
“No worries guys, dia pun bukan taste saya sebab dia saya dah anggap macam adik saya sendiri. But trust me, dia seorang yang baik hati dan manusia akan sentiasa buat kesilapan. Entah dia atau pun saya,” tambahnya.
Walaupun tercetus sedikit kekecohan, kedua-dua artis ini terus menerima sokongan padu dari peminat mereka, terutamanya untuk kolaborasi lagu terbaharu mereka, Rumit, yang semakin mendapat perhatian di pelbagai platform digital.
Terdahulu, Luqman Faiz tampil memohon maaf secara terbuka selepas menerima kecaman berikutan kenyataan yang dianggap tidak menghormati rakan duetnya, Fieya Julia.
Kontroversi itu tercetus selepas Luqman menepis dakwaan kononnya mereka mempunyai hubungan istimewa dan menyatakan secara terbuka bahawa Fieya bukan lah pasangan yang ideal untuk dirinya.
Topic Berkaitan
#Luqman
#Faiz
#Adik
#Fieya Julia
#taste
Must-Watch Video