,
Gaya Hidup

“Dia Pernah Ada Girlfriend” - Ini 6 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Haziq Abdul Aziz

Azwa Rahman
12/06/2019
18:56 MYT
Nama Haziq Abdul Aziz menjadi sebutan ramai minggu ini berikutan tersebarnya satu video lucah antaranya bersama seorang lelaki yang dikatakan mirip seorang menteri.
Haziq, 27, tampil membuat pengakuan melalui laman sosial Facebooknya pagi semalam bahawa dia adalah individu yang terlibat dalam video terbabit.
Sebelum kes penyebaran video ini disiasat dengan lebih mendalam, ini 6 perkara yang perlu anda tahu tentang Haziq Abdul Aziz.
1. Haziq merupakan setiausaha sulit Haziq merupakan setiausaha sulit kanan Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin.
Dia dilantik pada 19 Januari yang lalu.
2. Penuntut Universiti Malaya (UM) Graduan undang-undang ini mula memulakan pengajiannya pada tahun 2012 di UM.
Sejak dari kampus lagi, Haziq aktif berpolitik. Haziq menjadi pengasas dan presiden sayap pelajar PKR, Mahasiswa Keadlian.
Dia juga menyertai Program Mahasiswa Antarabangsa Fulbright.
3. Pelatih menteri Haziq kemudiannya menjadi pelatih menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri pada tahun 2017.
Memetik laporan Malaysia Kini, Haziq turut terlibat sebagai anggota kempen pilihan raya Nancy semasa pilihan raya ke-14 apabila dilihat memakai baju #teamnancyshukri ketika berkempen.
4. Digantung pengajian Haziq pernah dikenakan hukuman gantung pengajian selama satu semester pada September 2012 bersama dua lagi aktivis mahasiswa UM, Safwan Anang dan Syahid Zaini.
Mereka didapati terlibat dalam demonstrasi liar Anti-PTPTN pada 14 April 2012.
5. Pernah menghina Sultan Johor Pada tahun 2012, Haziq dilaporkan telah menghina Sultan Johor menerusi Twitter.
Menurut Malaysiakini juga, Haziq mengeluarkan kenyataan mempertikaikan tindakan Sultan Johor membida nombor pendaftaran kenderaan WWW 1, mengulangi tindakan sama yang dilakukan oleh bekas Menteri Besar Perak, YB Dato' Seri Nizar bin Jamaluddin.
6. Teman-teman tidak tahu bahawa dia seorang lelaki homoseksual. Tular di media sosial apabila seorang kawannya, @habibmazlan, sempat menghantar pesanan WhatsApp kepada Haziq untuk bertanyakan tentang video itu.
Namun menerusi perbualan teks tersebut, Haziq menafikan yang dia seorang lelaki homoseksual dan tidak terlibat dalam video lucah terbabit.
Tak silap tahun lepas beliau sudah bertunang. Tapi itulah bila dah tak rapat so takde info.— HM (@habibmazlan) June 12, 2019 Menurut teman itu lagi, Haziq mempunyai seorang kekasih ketika sama-sama menuntut di UM dan dikatakan telah mengikat tali pertunangan tahun lepas.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Pertama Kali Sertai Politik, Once Mekel ‘Minta Bantuan’ Rakyat Indonesia Di Malaysia Undi Dirinya

gempak
11/02/2024
04:33 MYT
Bekas penyanyi Kumpulan Dewa 19 Once kini menceburi bidang politik di Indonesia.
Hollywood

Jason Momoa Nak Jadi Ahli Politik Untuk Selamatkan Dunia

gempak
04/02/2024
13:37 MYT
Bintang Aquaman, Jason Momoa ternyata punya cita-cita yang lebih ‘berat’ berbanding menjadi pelakon sewaktu kecil.
Laman Utama

Jadi Artis Kedua Bergelar YB & Mahu Semarakkan Program Agama, Siapa Yang Berhormat Altimet?

gempak
14/08/2023
07:50 MYT
Altimet secara rasmi menyandang gelaran Yang Berhormat atau YB selepas memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya pada 12 Ogos 2023.
Laman Utama

"Ini Palsu!" - Dakwaan Buat Persembahan Di Majlis Politik, Siti Nurhaliza Tampil Jelaskan

gempak
01/05/2023
03:51 MYT
Siti Nurhaliza Nafi Dakwan Buat Persembahan Di Majlis Politik
Laman Utama

Dituduh Homoseksual Gara-Gara Minum Air Jari Kelingking Ternaik, Ezzul Kebab Kraze Beri Penjelasan!

gempak
28/04/2023
02:55 MYT
Itu pun jadi isu?