,
Laman Utama

“Dia Memang Selalu Buat Main…”- Beri Penjelasan, Lelaki 'Letak' Vape Pada Bayi Minta Maaf

Syafiqah Jalal
07/08/2022
03:50 MYT
Semalam tular di media sosial sebuah video yang menunjukkan seorang lelaki bertindak meletakkan ‘pod’ vape pada mulut bayi.
Dalam perkongsian rakaman berdurasi 15 saat di Facebook, lelaki berkenan didakwa sengaja meletakkan pod berkenaan pada mulut bayi yang berada di pangkuannya.
Menerusi rakaman itu tiada asap yang dihembuskan tetapi mulut bayi itu dilihat seolah-olah cuba merasa sesuatu pada muncung pod berkenaan.
Lelaki yang menyumbat pod itu telah dikecam netizen yang menyifatkan tindakan tersebut sebagai melampau.
Rata-rata pengguna media sosial berang dengan tindakannya yang didakwa seolah-olah mahu membahayakan kesihatan bayi berkenaan.
Terkini, lelaki yang dikenali sebagai Haikal itu dikatakan sudah ke balai polis dan meminta maaf kepada orang ramai di atas tindakannya.
Haikal menerusi kenyataannya di Instagram (IG) Story miliknya mengaku bersalah dan mendedahkan pod itu sudah tidak lagi berfungsi.
"Saya Haikal nak maklumkan bahawa video yang viral baru-baru ini, kami dah pergi ke balai polis tujuan betulkan statement yang tidak betul.
“Saya mengaku itu salah sendiri tetapi vape itu dah tak berfungsi. Dia memang selalu buat main.
"Salah saya, salah kami dan saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan kepada semua," katanya.
Bagaimanapun setakat ini belum ada sebarang kenyataan rasmi pihak berkuasa berhubung insiden tersebut.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Individu Geram Dengan Sikap Ibu Bapa Pentingkan Diri Sendiri, Pilih Tempat Percutian Tanpa Fikir Keselesaan Anak - “Tak Faham Kenapa Mereka Bebal Macam Tak Ada Otak…”

gempak
19/09/2024
21:55 MYT
Tular di aplikasi X, seorang individu meluahkan rasa berang terhadap sikap segelintir ibu bapa zaman sekarang yang mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan tentang anak-anak.
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.