,
Laman Utama

“Dia Kawan Saya Tapi…” – Khairul Aming Berhentikan Pembantu Peribadi Berperangai Kekwat

Shahrin Zulkifle
09/09/2022
05:00 MYT
Selebriti media sosial, Khairul Aming bertindak memberhentikan pembantu peribadinya susulan terbongkar dan tular cerita sikap ‘biadap’ pembantu tersebut yang kecoh diperkatakan sejak semalam.
Menerusi ciapan terkini di akaun Twitter, Aming menjelaskan dia sudahpun memadam kontak pembantu peribadinya yang diletakkan di media sosial untuk kegunaan berurusan dengan pelanggan.
“Ekoran isu yang tular semalam, saya telah mengambil beberapa tindakan dengan membuang kontak pembantu saya di sosial media.
“Mulai hari ini juga saya akan menguruskan sendiri kerja-kerja saya sehingga ada pengganti,” tulisnya.
Dalam pada itu, Aming atau nama lengkapnya Khairul Amin Kamarulzaman memaklumkan akan berehat seketika daripada mengambil sebarang review daripada pelanggan.
Malah Aming turut mengingatkan dirinya untuk lebih berhati-hati selepas ini dalam memilih kawan.
“Untuk waktu sekarang saya akan berhenti sekejap buat video untuk pelanggan, termasuk makanan, kedai makan dan seminar.
“Dia kawan saya dan saya percaya dia untuk uruskan semua tanpa saya memeriksa kualiti kerjaya. Hujung-hujung banyak perkara buruk yang saya alamai.
“Ramai juga yang nasihat saya untuk asingkan kawan dan perniagaan, saya setuju perkara itu, saya akan lebih berhati-hati dan mengambil serius perkara sebegini,” tambahnya lagi.
Pada akhir ciapanya, Aming turut memohon maaf kepada semua pihak diatas kejadian tersebut.
“Sekali lagi saya nak mohon maaf kepada semua pihak yangg terlibat selama ni. Saya belajar sesuatu dalam hidup saya hari ini dan akan cuba perbaiki lagi pada masa akan datang. Terima kasih semua,” tulisnya.
Terdahulu kecoh di Twitter apabila seorang individu mendedahkan perangai sebenar pembantu peribadi Aming dan individu tersebut turut menyifatkan pembantu berkenaan terlalu sombong ketika ingin berurusan dengannya.
BACA: Tular Netizen Dedah Perangai Kekwat, Biadap Pengurus Khairul Aming – “Manager Tokti Pun Tak Kekwat Macam Kau”
1) i have removed all manager’s contacts from social media. for now i sendiri akan manage all inquiries until ada new replacement— Khairulaming (@khairulaming) September 9, 2022
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.