,
Laman Utama

“Dia Dah Kenal Diri Dia Sebenar”- Suami Sahkan Nadya Syahera Diserang Penyakit Misteri Sejak...

Syafiqah Jalal
19/09/2021
11:28 MYT
Suami kepada pelakon Nadya Syahera, Fizul Nawi memaklumkan isterinya sudah tiga minggu diserang penyakit misteri.
Fizul meminta semua mendoakan isterinya agar kembali sihat seperti sedia kala.
“Doakan isteri saya semoga sihat kembali seperti sedia kala. Sudah hampir tiga minggu dia tak berapa sihat.
“Minggu ini paling teruk…diserang penyakit misteri. Allahuakbar. Doakan supaya dia kuat, dapat makan dan minum seperti biasa,” kongsinya.
Fizul berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram (IG) Story miliknya.
Selain itu, Fizul memberitahu isterinya disahkan oleh hospital tidak mengalami sebarang penyakit namun berada dalam keadaan lemah dan dimasukkan air.
“Minggu lepas dah pergi hospital..masuk air 5 hari perubahan makin okay sebab dah masuk air. Sakit tiada.
“Selepas dia dah sedar semalam, badan dia sangat-sangat lemah sebab tak makan. Kami bawa ke hospital masuk air,” ceritanya lagi.
Sementara itu dalam kemas kini terbaharu Fizul di IG memaklumkan isterinya sudah semakin pulih.
“Semoga Allah memberi kesembuhan kepada isteri saya. Alhamdulillah dia dah kenal diri dia sebenar syukur,” katanya.
Nadya dan Fizul berkahwin pada 25 September 2015, ini adalah perkahwinan kedua buat Fizul selepas gagal mempertahankan rumah tangga pertamanya.
Hasil perkongsian hidup selama empat tahun, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aleena Rose, 4, dan Mohamad Dayyan, 3.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Elly Mazlein Kongsi Detik Perkenalan Bersama Suami - ”Lepas Dia Beritahu Tiada Instagram, Terus Lulus”

gempak
19/09/2024
08:55 MYT
Penyanyi dan pengacara terkenal, Elly Mazlein mengimbau kembali detik sewaktu perkenalan dengan suami, Muhammad Azlan Che Nuh.
Terkini

Enam Bulan Sorok Bunuh Suami Diserang Strok

gempak
19/09/2024
02:55 MYT
Kes pembunuhan seorang lelaki di tangan isterinya akhirnya terbongkar setelah enam bulan.
Viral

Bapa Miss Switzerland Jumpa Kepala Anak Dalam Tong Sampah Di Bilik Dobi, Suami Dakwa Pertahankan Diri

gempak
17/09/2024
17:17 MYT
Kisah pembunuhan tragis bekas peserta Miss Switzerland, Kristina Joksimovic masih menjadi perhatian dunia.
Viral

Wanita Buat POV Suami Isteri Dengan Anak Buat Permohonan Maaf - “Saya Cari Rezeki Halal,Hanya Lakonan Semata..”

gempak
15/09/2024
05:11 MYT
Tidak tahan dengan kecaman yang di terima, seorang wanita yang dikenali sebagai Dya tampil memberi penjelasan berhubung konten ‘POV’ suami isteri melibatkan anaknya yang masih di bawah umur.
Hollywood

Sadis! Tak Sempat Lari Ratu Cantik Switzerland Maut, Suami Cekik & Blender Anggota Badan

gempak
14/09/2024
18:55 MYT
Hajat salah seorang finalis Ratu Switzerland, Jenazah Kristina Joksimovic untuk melarikan diri daripada suaminya tidak kesampaian apabila dibunuh lelaki tersebut.