,
Hiburan

"Dia Beritahu Ayahnya Sudah Meninggal Dunia ..." - Nangis Baca Mesej, Rio Dewanto Terharu Watak Dalam NKCTHI Memberi Kesan Kepada Penonton

Zulaikha Yusof
04/05/2020
09:11 MYT
Pelakon Indonesia, Rio Dewanto mendedahkan menerima kiriman mesej yang menyentuh hati daripada salah seorang penonton filem Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini (NKCTHI).
Menurut Rio, individu terbabit berkongsi cerita tentang ayahnya yang meninggal dunia akibat wabak Covid-19.
"Ketika penularan wabak Covid-19, ada seorang penonton NKCTHI yang mesej kepada saya mengucapkan terima kasih.
"Saya sempat kongsikan di media sosial meskipun tidak mendedahkan nama penghantar tersebut. Ayahnya sedang dirawat di hospital kerana positif Covid-19.
"Selepas beberapa hari saya baca lagi mesej itu. Berita ini agak menyedihkan kerana dia beritahu ayahnya sudah meninggal dunia.
"Dia berterima kasih kepada saya kerana dia merasakan watak Angkasa telah mengajarnya untuk menjadi anak sulung yang baik," katanya menerusi segmen #ArtisDudukDiam.
Dalam pada itu, Rio akui menangis kerana terharu watak yang dibawanya memberi kesan terhadap orang lain.
"Saya rasa nak menangis ketika membaca. Sebenarnya bukan satu tapi banyak cerita yang saya terima.
"Itu membuatkan saya sebagai manusia berasa terharu dan lebih menghargai kerana watak yang dibawa saya berkesan," katanya lagi.
Apapun, jangan lupa untuk sewa Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini (NKCTHI) di Astro First saluran 480 dan strim On Demand.
Secara eksklusif, buat kali pertama filem NKCTHI ditayang terus di pawagam rumah anda!
NKCTHI menceritakan tentang kehidupan tiga adik beradik Angkasa (Rio Dewanto), Aurora (Sheila Dara Aisha) dan Awan (Rachel Amanda).
Mereka mempunyai kisah pilu masing-masing. Keadaan menjadi semakin tegang apabila Awam jatuh cinta pada Kale. Perubahan Awan disedari oleh bapa mereka, Narendra.
Sebagai seorang ayah yang tegas, Narendra cuba mengawal anaknya. Tindakan tersebut turut memberi tekanan buat Angkasa dan Aurora. Ini mendorong pemberontakan Angkasa, Aurora dan Awan sehinggalah rahsia besar keluarga mereka terbongkar.
Filem ini menyaksikan gabungan kerjasama Astro Shaw bersama penerbit yang sering memenangi anugerah utama di Indonesia, Visinema Pictures yang juga merupakan penerbit filem animasi terkenal Indonesia, NUSSA, bersama IDN Media, Blibli.com serta XRM Media.
Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem NKCTHI, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.
BACA: Filem NKCTHI Makin Membara Di Astro First.. Ada Yang Menangis Banyak Kali Ketika Tonton
BACA: "Sangat Tercabar Untuk Kelihatan 'Natural' Di Depan Kamera" - Rio Dewanto NKCTHI
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Peraduan

Sewa DESPICABLE ME 4-MOVIE COLLECTION di Astro First dan Berpeluang Untuk Memenangi Hadiah Lego Minion!

gempak
18/09/2024
15:34 MYT
Menang Lego Minion dari DESPICABLE ME 4 sekarang!
Hiburan

Versi Eksklusif Pendekar Awang & Tok Gajah: Darah Indera Gajah Di Astro First!

gempak
12/09/2024
02:33 MYT
Platform yang membawakan filem-filem terbaik terus ke rumah anda, Astro First akan membawakan sebuah lagi filem aksi epik tahun ini iaitu Pendekar Awang & Tok Gajah: Darah Indera Gajah menerusi platform Astro saluran 480 atau On Demand dan Astro GO, serta peranti pilihan anda melalui sooka bermula 12 September ini.
Hiburan

Raikan Semangat Kontijen Negara Ke Sukan Paralimpik Paris 2024 Dengan Menonton Filem 'Gold' Di Astro First

gempak
29/08/2024
12:55 MYT
Sempena temasya sukan Paralimpik Paris 2024 yang mula berlangsung pada 28 Ogos, Astro First berbesar hati untuk membawakan filem ‘Gold’ arahan Adrien Teh ke saluran pawagam rumah anda, Astro First.
Peraduan

Sewa Filem Di Astro First On Demand Store & Menang Sepasang Tiket Wayang Filem terbaru BEETLEJUICE BEETLEJUICE!

gempak
28/08/2024
01:52 MYT
Menang Sepasang Tiket Menyaksikan Filem BEETLEJUICE BEETLEJUICE sekarang!
Filem

‘The Experts’ Gegarkan 18 Pawagam Di Cambodia & Ditayangkan Di Astro First Ogos Ini!

gempak
17/07/2024
06:25 MYT
Filem lokal heist nombor 1 Malaysia, ‘The Experts’ terus melangkah jauh dengan menembusi pasaran di negara Cambodia bermula hari ini!