,
Berita

“Dia Agak Misteri, Saya Sendiri Tak Jelas Tentang Background Dirinya...”- Ella Terkejut Dengan Kematian Adik Caroline

Syafiqah Jalal
06/02/2020
02:30 MYT
Ratu Rock Ella akui terkejut dengan berita kematian adik kepada bekas protegenya Puteri Caroline dalam program Mentor musim keenam sebelum ini.
Adik kepada Caroline iaitu Lady Caccabella dipercayai telah meninggal dunia kerana ditikam teman lelakinya sendiri.
BACA: Adik Kepada Pemenang Program Realiti TV Mati Dibunuh?
Ella berkata dia kini sedang mencari Caroline kembali selepas kali terakhir menghubungi penyanyi tersebut pada akhir tahun lalu.
“Saya terkejut dan simpati dengan berita yang saya dengar ini.
“Saya jadi huru-hara ni nak cari di mana dia kerana saya sendiri tak tahu di mana dia sekarang.
“Kali terakhir dia hubungi saya dan memberitahu dia berada di Singapura,” katanya kepada Gempak.
Ella ditemui Gempak selepas sidang media Konsert Kembara Kita di Petaling Jaya, pada Rabu.
Satu kenyataan media daripada Ketua Polis Daerah Wangsa Maju telah dikeluarkan kelmarin berikutan satu kes kematian yang berlaku di Kampung Padang Balang, Sentul, Kuala Lumpur. Menurut laporan polis, Lady Caccabella ditemui dengan kesan tikaman pada perut.
Tambah Ella lagi sepanjang mengenali Caroline dia juga tidak jelas mengenai asal usul protegenya itu.
“Dia agak misteri, saya sendiri tak jelas tentang background dirinya.
“Malah saya sendiri tak tahu berapa adik beradik yang dia ada.
“Apa-apa pun saya sayangkan dia kerana dia seorang anak yang baik,” kata Ella lagi.
Ella dan Datuk Ramli Sarip bakal beraksi dalam Konsert Kembara Kita yang bakal berlangsung di Istana Budaya pada 14 dan 15 Februari ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Abang Mendiang Michael Jackson, Tito Meninggal Dunia Di Usia 70 Tahun

gempak
16/09/2024
21:00 MYT
Tito Jackson yang terkenal sebagai anggota Jackson 5 dilaporkan meninggal dunia pada usia 70 tahun.
Berita

Bekas Pelumba GP Negara Meninggal Dunia

gempak
12/09/2024
03:26 MYT
Pelumba yang pernah membawa nama Malaysia ke peringkat Asia dan antarabangsa, Elly Idzlianizar Elias, 40 meninggal dunia, semalam.
Berita

Penulis Blog Raja Petra Kamarudin Meninggal Dunia

gempak
10/09/2024
00:32 MYT
Blogger terkenal, Raja Petra Kamarudin meninggal dunia di Manchester, United Kingdom (UK) pada Isnin.
Viral

Gara-Gara Makan Berlebihan, Kucing 'Oyen' Cecah Berat Lebih 17 Kilogram

gempak
08/09/2024
11:55 MYT
Seekor kucing jantan gergasi yang memiliki berat menyamai kanak-kanak ditemui tinggal di ruang bawah tanah sambil makan biskut dan minum sup.
Viral

Allahyarham Humaira Repost Hantaran Tentang Kematian 4 Hari Sebelum Maut Kemalangan

gempak
08/09/2024
04:25 MYT
Seakan-akan memberikan petanda awal, Allahyarham Humaira yang maut akibat kemalangan di Kilometer 363.8, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat Trolak, pada Sabtu ada mengulang siar video TikTok berkaitan kematian beberapa hari lalu.