,
Laman Utama

“Dia Ada Hubungi Saya Pada Malam Kejadian…” - Rossa Mahu Nasib Lesti Kejora & Anak Terbela

Mya Amri
05/10/2022
08:05 MYT
Penyanyi Indonesia Datuk Seri Rossa berharap kesihatan fizikal dan mental Lesti Kejora dalam keadaan baik.
Malah, Rossa yang mengakui rapat dengan Lesti memberitahu wanita itu ada menghubunginya pada hari kejadian.
“Pada malam kejadian Lesti ada menghubungi saya dan terus saya kordinasi keluarganya kerana kami cukup dekat.
“Yang paling penting buat saya adalah Lesti dan anaknya sihat dan selamat. Baik fizikal atau pun mentalnya,” katanya.
Rossa berkata demikian, ketika diminta mengulas isu Keganasan Dalam Rumah Tangga (KDRT) membabitkan Lesti dan Rizky Billar yang kecoh di negara itu.
Dalam pada itu Rossa turut menegaskan, dia menolak semua jenis keganasan dalam rumah tangga tidak kira membabitkan siapa pun
“Mudah-mudahan tidak ada kejadian yang buruk lagi yang terjadi. Ya, mungkin Allah memberikan dugaan padanya.
“Yang paling pasti adalah say no untuk kekerasan apa-apa pun,” ujarnya.
Terdahulu, Lesti membuat laporan polis di bawah kes KDRT mendakwa Rizky memukul dan mengasari dirinya.
BACA: Disyaki Curang, Rizki Billar Cekik & Hempas Lesti Kejora Ke…
BACA: Kesan Dipukul, Leher Lesti Kejora Dipasang Pendakap, Ada Tulang Bergeser
Dalam perkembangan lain, Rossa bakal mengadakan konsert berkenaan pada 5 November ini di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Tiada Lagi Cinta, Rossa Lebih Selesa Berkawan Dengan Bekas Suami - “Kami Seperti Abang Dan Adik”

gempak
10/09/2024
02:06 MYT
Penyanyi dari seberang, Datuk Seri Rossa, mendedahkan anak tunggalnya, Rizky Langit Ramadan, tidak bersetuju sekiranya dia dan bekas suami, Yoyo, merujuk semula sebagai suami isteri.
Viral

Cut Intan Nabila Bocorkan Video Baru Dipukul: “Tidak Mampu Hitung Berapa Banyak Kali Dia Seksa Saya”

gempak
22/08/2024
01:47 MYT
Kisah pempengaruh Cut Intan Nabila yang didera suami, Armor Toreador masih menjadi bualan hangat pengguna media sosial.
Berita

"Motif Pembunuhan Dua Beranak Dipercayai Akibat Keganasan Rumah Tangga," - Polis

gempak
20/08/2024
12:10 MYT
Motif pembunuhan seorang wanita dan anak perempuannya yang ditemukan di dalam longkang di belakang sebuah bangunan terbiar berdekatan Pekan Simpang Kuala, Alor Setar, Kedah pada Isnin dipercayai akibat keganasan rumah tangga.
Hiburan

Cut Intan Nabila Akhirnya Buka Mulut, Mohon Maaf 5 Tahun Rahsiakan Kisah Rumah Tangganya

gempak
18/08/2024
01:55 MYT
Pempengaruh popular Indonesia, Cut Intan Nabila akhirnya bersuara selepas tular video dirinya dipercayai dipukul suaminyha, Armor Toreador.
Viral

Kantoi Tengok Porno Punca Suami Cut Intan Nabila Mengamuk Sampai Naik Tangan, Kasari Anak

gempak
14/08/2024
23:55 MYT
Armor Toreador iaitu suami kepada Cut Intan Nabila bertindak memukul isterinya selepas kantoi menonton kandungan prono di telefon bimbit.