,
Gaya Hidup

Di Usia 60 Tahun, Joaquim De Almeida Masih Segak! – Mugkin Ini Rahsia 20 Tahun Kekal Duta Sacoor Brothers

Fiza Kamarudin
14/10/2017
00:30 MYT
20 tahun bergelar duta Sacoor Brothers? Wow! Apa rahsia aktor prolifik, Joaquim De Almeida? Adakah kerana masih kelihatan segak dan bergaya walaupun sudah berusia 60 tahun?
Bukan mudah untuk seseorang itu diberi kepercayaan menjadi duta sesebuah produk sehingga dua dekad seperti aktor Hollywood ini ya!
Terbaharu, duta bagi jenama fesyen premium Sacoor Brothers itu ke Dubai untuk melancarkan salah satu daripada tiga tema bagi koleksi musim luruh dan sejuk tahun 2017 jenama tersebut.
“Pemilihan kota Dubai sebagai tempat di mana koleksi ini dilancarkan adalah sangat bertepatan sekali. Sebagaimana koleksi ini sendiri yang membawa inspirasi kosmopolitan dan amat sesuai dengan citarasa pelanggan yang bervariasi, saya begitu teruja dengan penataan gaya jenama ini tanpa membelakangkan kepentingan kualiti dan hasil kerja yang amat rapi,” katanya.
Almeida kali terakhir dilihat beraksi baru-baru ini di dalam filem blockbuster, ‘The Hitman’s Bodyguard’, di samping Ryan Reynolds dan Samuel L. Jackson.
Aktor prolifik yang berasal dari Portugal ini juga pernah berlakon bersama-sama nama-nama besar lain seperti Harrison Ford, Salma Hayek, Gene Hackman, Antonio Banderas dan Owen Wilson.
Menurut Moez Sacoor, salah seorang pengasas jenama itu, Almeida dan Sacoor Brothers mempunyai banyak persamaan.
"Kedua-duanya berlatarbelakangkan legasi Portugis dan amat dikenali dengan paduan gaya klasik dan moden yang elegan,” ujarnya.
Di Malaysia, Sacoor Brothers telah berkolaborasi dan pernah bertanggungjawab menata gaya aktor dan penghibur terkenal seperti Bront Palarae, Sean Ghazi dan Remy Ishak.
Hampir tiga dekad kini, Sacoor Brothers mempunyai lebih daripada 100 stor di 13 negara dan tiga benua di seluruh dunia.
Pertama kali dilancarkan di Malaysia pada tahun 2012, jenama ini semakin berkembang dengan 12 stor di dalam negara bukan sahaja di Kuala Lumpur, malah di Pulau Pinang, Johor, Melaka dan Genting Highlands.
Koleksi terbaru ini boleh didapati di Malaysia tidak lama lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Isu Artis Mangsa Buli; Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan - "Perlu Wujudkan Suasana Friendly"

gempak
23/11/2024
12:55 MYT
Pengarah, Syafiq Yusof, merasakan bahawa pihak produksi perlu memainkan peranan penting di set penggambaran untuk memastikan suasana bekerja yang kondusif dan harmoni.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Bollywood

Shah Rukh Khan Teruja Kembali Ke Malaysia! - "Saya Bukanlah Orang Penting Untuk Dianggap ..."

gempak
22/11/2024
21:50 MYT
Kehadiran ikon Bollywood Datuk Shah Rukh Khan yang ketika ini berada di Malaysia, mengujakan seluruh tetamu pada majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd, di ibu negara hari ini.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Unitar