,
Laman Utama

“Di Manakah Integriti Kamu” - Zarina Anjoulie Ambil Tindakan, Nekad Mahu Saman Anggota Polis?

Hanafis Haris
01/07/2021
03:30 MYT
Pelakon, usahawan dan selebriti media sosial, Zarina Anjoulie Lavocah dipercayai bakal mengambil tindakan terhadap seorang anggota polis.

Tindakan tersebut susulan insiden tahanan polis yang dikatakan telah membabitkan dirinya baru-baru ini.

“Alhamdulillah report polis dah buat kepada anggota polis wanita berkenaan.

“Selepas siasatan saya akan mengambil tindakan menyaman anggota tersebut. Buat masa ini saya tidak akan dedah identitinya tetapi kalau sampai di mahkamah nanti orang akan tahu siapa,” katanya menerusi satu posting di Instagram.

Menurut Zarina atau lebih mesra disapa Anju lagi, dia juga akan berlawan habis-habisan berhubung isu tersebut.

“Dimanakah integriti kamu sebagai seorang anggota polis wanita? Saya bimbang adakah nanti orang lain akan kena senasib dengan saya juga?

“Saya takkan berdiam diri saya akan viral kan habis habisan sampai saya dapat keadilan yang saya deserve.

“Memandangkan anggota ni nak viral nak glamour, saya akan kasi dia viral dia idamkan,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan seorang selebriti wanita ditahan kerana disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah di sebuah rumah di Kampung Chalet, Nilai, semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, wanita berusia 34 tahun itu ditahan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai yang membuat serbuan di rumah berkenaan.

"Selebriti itu dibawa ke pejabat Narkotik IPD Nilai bagi tujuan saringan awal air kencing. Keputusan mendapati wanita itu positif dadah jenis methamphetamine," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, suspek diberi jaminan polis selepas selesai memberi keterangan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM5,000, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

BACA: Live Instagram Dengan Zarina Anjoulie, Zoey Rahman Diasak Soalan Netizen - "Anju Memang Ambil Dadah Ke?"

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.