,
Hiburan

'Di Dalam Kehinaan, Allah Masih Beri Saya Peluang'- Nash

Syafiqah Jalal
13/07/2017
12:56 MYT
Penyanyi Datuk Nash akui bersyukur kerana diberi peluang mengerjakan ibadah Haji meskipun dia menyedari telah melakukan banyak kekhilafan kepada Tuhan Maha Esa.
Nash atau nama sebenarnya Nashrudin Elias, 57, berkata, dia amat teruja apabila ditawarkan untuk berangkat ke Mekah pada 24 Ogos depan. "Saya sangat bersyukur, di dalam kehinaan dan dosa yang banyak tapi Allah masih beri peluang kepada saya untuk bermuhasabah diri.
"Tiada apa yang boleh saya katakan kerana saya terlalu 'speechless' saat mendapat tawaran mengerjakan Haji buat pertama kali.
"Allah pilih saya itu pun saya sudah cukup bersyukur," katanya kepada Astro Gempak.
Apabila ditanya persediaannya sebelum berangkat ke tanah suci, penyanyi lagu Pada Syurga Di Wajah Mu itu memberitahu dia bakal menjalani kursus Haji.
"Sebelum ini saya pernah mengerjakan ibadah Umrah sebanyak dua kali, jadi untuk perkara asas serba sedikit untuk ke tanah suci saya sudah ada.
"Namun saya tetap akan menjalani kursus Haji untuk mempelajari ilmu khusus dalam ibadah ini," katanya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Ameerais Bangga, Anggap Pencapaian Paling Jauh Sepanjang 14 Tahun Dalam Karier Nyanyian – “Saya Tunjuk Pada Semua Saya Boleh Menyanyi”

gempak
17/09/2024
02:55 MYT
Penyanyi Ameerais menyifatkan perjalanannya di Gimme The Mic Malaysia adalah pencapaian tertinggi dalam kariernya sepanjang 14 tahun dalam industri seni.
Hiburan

30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”

gempak
14/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjalankan konsert tercapai setelah 30 tahun berada dalam industri muzik tanah air.
Hiburan

Kagum Dengan Ciptaan Allah SWT, Alif Satar Sentuh Hati Netizen Dengan Nasihat - “Dia Tak Perlukan Kita, Kita Perlukan Dia”

gempak
11/09/2024
05:55 MYT
Pelakon dan penyanyi, Alif Satar berkongsi hantaran bermakna mengingatkan orang ramai terhadap kebesaran Allah SWT.
Hiburan

"Ya Allah Sedihnya" - Khai Bahar Peluk Kartina Aziz Sampai Alir Air Mata, Reaksi Netizen Bercampur-Baur!

gempak
11/09/2024
00:55 MYT
Tular di media sosial sebuah video yang memaparkan penyanyi Khai Bahar memeluk erat pelakon legenda, Kartina Aziz baru-baru ini.