,
Hiburan

DFP Seni Festival 2024 Tampilkan Muzik Orkestra Cina, Teater Mek Mulung & Randai

Amri Hassan
23/04/2024
10:06 MYT
Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP), yang terletak di tengah Menara Berkembar PETRONAS, Kuala Lumpur City Centre (KLCC), dengan bangganya mempersembahkan DFP Seni Festival 2024, sebuah extravaganza muzik dan persembahan seni yang akan berlangsung sepanjang tiga bulan.
Ini merupakan platform unik yang akan mempersembahkan bakat anak seni tempatan dan wadah budaya yang menarik dari kumpulan kesenian dan orkestra terkenal.
Ini merupakan kali keenam DFP mengadakan acara sebesar magnitud ini dengan matlamat untuk menjadi pentas legasi tradisional dan warisan Malaysia untuk dipersembahkan kepada dunia.
Sebelum ini, DFP telah bekerjasama dengan pelbagai kumpulan budaya dan artis untuk memelihara, menyemai dan mempromosi kepelbagaian seni budaya.
Ketua Pegawai Eksekutif DFP, Hassina Begam Abdul Gani berkata, “Sejak ditubuhkan pada tahun 1998, DFP kekal komited pada objektif artistiknya untuk memberi hanya yang terbaik melalui persembahan ramai artis-artis tersohor.
"Festival tahun ini ialah sebuah testimoni komitmen kami untuk menyemai appresiasi terhadap legasi budaya kita seperti muzik tradisional dan seni, menyediakan platform untuk persembahan ini memberi inspirasi kepada semua peringkat masyarakat."

BERITA TRENDING: Suara Merdu Datuk Yusni Hamid, Asmidar & Haziq Umpama Magis Di Konsert Simfoni Budaya: Keroncong & Ghazal DFP

Orkestra Cina

Festival ini akan dimulakan dengan konsert Jit Sin High School’s Chinese Orchestra pada Sabtu, 20 Julai 2024 jam 8.30 malam. Bertemakan Dialogue of the Songs of Chu, konsert ini akan mempersembahkan muzik orkestra Cina dengan gabungan hebat erhu dan cello yang menampilkan bakat Tan Rou Yee dan Lim Sing Yee. Orkestra ini telah menggondol pelbagai anugerah di dalam dan luar negara sepanjang 50 tahun penubuhannya.

Teater Mek Mulung

Kemudian, peminat seni akan dihiburkan dengan sebuah persembahan teater tradisional Mek Mulung pada Sabtu, 27 Julai 2024 jam 8.30 malam.
Bertemakan DFP Muzikal: Mek Mulung Putera Cahaya Bulan, persembahan teater yang berusia 500 tahun ini adalah kolaborasi DFP dengan Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (JKKN) dan Kumpulan Mek Mulung Seri Mahawangsa (gabungan Persatuan Penggerak Warisan Seni Budaya Negeri Kedah atau ‘AKRAB’, dan Kumpulan Mek Mulung Wang Tepus). Teater ini akan menampilkan aktor Arja Lee selaku watak utama dalam sebuah kisah cinta penuh tragedi.

Teater Minangkabau Randai

Festival bakal diteruskan dengan sebuah persembahan teater tradisional Minangkabau dinamakan ‘Randai’ pada Sabtu, 10 Ogos 2024 jam 8.30 malam. Penonton akan dihiburkan dengan sebuah persembahan bertemakan DFP Muzikal: Randai Mudo Pak Belalang di mana seni silat dan tarian bergabung.
Teater tradisional dari Negeri Sembilan ini akan mempamerkan gabungan kekayaan budaya dan tarian bertenaga oleh kanak-kanak berbakat yang dilatih oleh Pewara Dance Theater, sebuah kumpulan alumni dan kakitangan ASWARA (Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan).
Festival ini akan diakhiri dengan kemeriahan aktiviti seni yang akan berlangsung di lobi DFP pada Sabtu, 7 September 2024 dan Ahad, 8 September 2024 dari 11.00 pagi hingga 5.00 petang.
Pelbagai kumpulan kesenian akan menyajikan persembahan unik mereka untuk menyemarakkan festival kali ini agar keraian muzik dan seni ini dapat dinikmati oleh orang ramai.
Bersama meraikan DFP Seni Festival 2024. Nikmati ‘Pakej Keluarga’ dengan potongan 15% apabila membeli minimum 4 tiket.

PILIHAN PEMBACA: Giliran Nikki Palikat Masuk DFP, Bakal Nyanyikan Lagu-Lagu Cinta Dari Broadway Bersama Sean Ghazi, Ida Mariana & MPO

BERITA TRENDING: Aina Abdul Berkonsert Di DFP Pada 10 & 11 Mei, Ini Apa Yang Ainations Boleh Jangka Nanti ...
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ulul Azmi Lagu Nasyid Berdurasi 10 Minit, AWLA Bekerjasama Dengan Jenny Chin - "Muzik Ala Disney, Ada Sentuhan Timur Tengah"

gempak
17/09/2024
20:21 MYT
Kumpulan nasyid AWLA tampil dengan single terbaharu berjudul Ulul Azmi dengan durasi hampir 10 minit!
Hollywood

Shakira Hentikan Persembahan Lepas Peminat Rakam Video Dari Bawah Dress

gempak
17/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi Shakira menghentikan persembahan selepas berang dengan tindakan penonton yang merakam dirinya daripada bahagian bawah dress pendek berwarna coklat yang dipakainya.
Viral

Buku 99 Kata-Kata Fattah Amin Kembali Tular, Ada Netizen Beri Nasihat - “Jangan Galak Mengata Orang, Masing-Masing Ada Ujian”

gempak
17/09/2024
06:55 MYT
Susulan isu rumah tangga yang menimpa pasangan selebriti, Fattah Amin dan Nur Fazura, kini media sosial ‘riuh’ pula dengan buku berjudul ‘99 Kata-Kata #QalifModen Fattah Amin’ yang kembali tular.
Viral

Penduduk Arak Guru Ngaji Separuh Bog*l, Rogol Anak Murid

gempak
16/09/2024
22:02 MYT
Seperti perumpamaan harapkan peger, peger makan padi, begitulah kes yang terjadi di Jawa Tengah, Indonesia ini.
Hollywood

Abang Mendiang Michael Jackson, Tito Meninggal Dunia Di Usia 70 Tahun

gempak
16/09/2024
21:00 MYT
Tito Jackson yang terkenal sebagai anggota Jackson 5 dilaporkan meninggal dunia pada usia 70 tahun.