Dewi Sahkan Bekas Suami Langgar Tatlik Kerana Cik Epal - “Saya Tidak Pernah Bercakap Sebelum Ini Kerana Mahu…”
Isteri kepada usahawan, Jofliam iaitu Dewi akhirnya membuka mulut bercakap mengenai tentang perceraiannya dengan bekas suami sebelum ini.
Dalam pada itu, Dewi juga memaklumkan dia telah menyerahkan semua bukti kepada pihak peguamnya untuk meneruskan kes mahkamah.
“Saya juga tahu Imran akan menjadi saksi kepada kes mahkamah yang telah difailkan.
“Saya sudah hantar semua mesej dan rakaman audio antara saya dan bekas suami kepada pihak peguam. Selebihnya biar dibicara di dalam mahkamah.Saya doakan Imran terus maju dan mendapat ketenangan dan kebahagiaan hidup,” tulisnya.
Jofliam kemudian mengakui menjalin hubungan cinta dengan Dewi serta memaklumkan bahawa mereka bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.
Untuk rekod, Jofliam dan Cik Epal berkahwin pada 1 Jun 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Han dan Yuki. Namun, selepas 10 tahun bersama, mereka disahkan bercerai tahun lalu.