,
Hiburan

Derma Sperma, Angelina Jolie Paksa Brad Pitt Jalani Ujian DNA

Ahmad Shah
11/04/2016
06:58 MYT
Aktres Hollywood, Angelina Jolie meminta suaminya, Brad Pitt melakukan ujian DNA untuk membuktikan dia bukan ayah kepada dua orang anak penyanyi, Melissa Etheridge.
Terdahulu, menerusi sebuah program bual bicara di Australia, Etheridge yang menjalinkan hubungan sejenis membuat pendedahan pernah meminta bantuan Pitt untuk mendermakan spermanya bagi mendapatkan zuriat.
Bagaimanapun menurut Etheridge, dia mengambil keputusan untuk menggunakan sperma penyanyi David Crosby sehingga berjaya memiliki dua cahaya mata iaitu Bailey dan Beckett.
Akibat pendedahan itu, Jolie mula fsangsi dengan dakwaan tersebut dan percaya mungkin Pitt adalah ayah kepada anak-anak Etheridge.
“Angie mahu isu ini diselesaikan dengan secepat mungkin, jadi dia meminta suaminya untuk menjalani ujian DNA untuk membuktikan Brad bukan ayah kepada anak-anak Etheridge.
“Tetapi Brad menganggap Angie terlalu paranoid dengan kenyataan tersebut,” jelas sumber terdekat pasangan tersebut kepada tabloid di Amerika Syarikat.
Menurut sumber tersebut lagi, bintang filem Maleficent itu akan bersemuka dengan Melissa sendiri untuk mendapatkan penjelasan yang sebenar sekiranya Brad Pitt enggan melakukan ujian DNA.
Etheridge dan Pitt merupakan kenalan rapat dan pernah membuat persembahan sewaktu hari perkahwinan Pitt dan Jennifer Aniston pada tahun 2000.
Sumber: Tribune, Us Magazine, Gossipcop
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

7 Tahun Kahwin, Fazura Fail Cerai Terhadap Fattah Amin

gempak
13/09/2024
04:38 MYT
Aktres dan usahawan Nur Fazura Sharifuddin dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai terhadap suami, pelakon Fattah Amin, pagi tadi selepas tujuh tahun berkahwin.
Hiburan

Pengarah Veteran Nafi Sengaja Cium Pelakon, Dakwa Hanya Tunjuk Contoh

gempak
09/09/2024
01:55 MYT
Pengarah dan pelakon terkenal dari Kolkata, Bengali, Arindam Sil digantung melakukan sebarang kerja seni daripada Persatuan Penerbit Timbur India selepas menerima aduan salah laku gangguan seksual yang dibuat terhadap seorang pelakon wanita.
Hiburan

Seakan Tenang Berdepan Kontroversi, Alif Teega Sibuk Urus Perniagaan - “Fokus, Sikit Lagi Doakan..”

gempak
02/09/2024
21:55 MYT
Seperti tiada apa-apa yang berlaku, pempengaruh Alif Teega kekal tenang berkongsi aktiviti seharian selepas berita mengenai isterinya, Aisyah Hijanah yang memfailkan permohonan perceraian hangat diperkatakan di media sosial.
Hiburan

Kongsi ‘Quote’ Dengan Maksud Tersirat, Ruhainies Tujukan Dekat Siapa?

gempak
23/08/2024
03:35 MYT
Pelakon kontroversi, Ruhainies memuat naik mesej yang mempunyai maksud tersirat menerusi platform media sosialnya.