gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
DRAMA
‘Di Sebalik Reda’ Paparkan Konflik Adik-Beradik, Siti Khadijah Cuba Selami Watak Darlina - “Saya Fahamkan Dialog & Berkenalan…”
HIBURAN
Elliza Razak Merayu Ketakutan, Diganggu Pengutip Hutang Bekas Suami - “Dah Bercerai! Tolonglah Jangan Cari Saya!”
HIBURAN
Shila Amzah Muncul Dengan Single Baharu, ‘Pernah Punya Aku’ - “Ketika Itu Emosi Tak Stabil, Suami Saran Luah Melalui Lagu”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Derita Emosi Lepas Cerai, Siti Jamumall Terpaksa Tipu Anak - “Dia Baru 6 Tahun, Kadang Pergi Sekolah Cikgu Tanya…”

Mya Amri
Mya Amri
02/07/2025
04:55 MYT
Sponsor Banner
Derita Emosi Lepas Cerai, Siti Jamumall Terpaksa Tipu Anak - “Dia Baru 6 Tahun, Kadang Pergi Sekolah Cikgu Tanya…”
Pempengaruh dan usahawan, Siti Jamumal mengakui ada kalanya dia melalui fasa penuh emosi walaupun cuba bertahan demi anak-anak.

Cuba kuat demi anak-anak

Menurut Siti Jamumall atau lebih mesra dengan panggilan Siti ini mendedahkan dia terpaksa memendam kesedihan demi menjaga hati anak-anak terutama anak sulungnya yang baru berusia enam tahun.

“Kadang-kadang adalah menangis depan anak-anak, bila mereka tanya tu saya cakap dengan mereka mommy okay cuma mommy sedih je kaki mommy sakit,” ujarnya ketika ditemui Gempak.

Emosi anak sulung terkesan

Mengaku cuba sekuat mungkin untuk kelihatan kuat di depan anak-anak, namun Siti tidak menyangka anak sulungnya juga turut terkesan dengan emosinya.
Situasi itu membuatkan Siti tersedar bahawa sebagai ibu, dia perlu lebih kuat bukan hanya untuk dirinya, tetapi juga untuk kebahagiaan anak-anak.

“Saya terpaksa tipu mereka, tapi saya nampaklah masa saya sedih anak sulung saya tu, dia pun murung. “Dia baru enam tahun, kadang dia pergi sekolah cikgu tanya kenapa dia banyak termenung, jadi saya rasa macam… Saya tak boleh tunjuk kesedihan saya.

“Bila saya dah mula okay, dah mula gembira kembali, saya lihat anak saya pun sama. Dia dah mula banyak borak, banyak bermain.
“Kalau tidak dia diam sahaja dan sekarang, alhamdulillah saya dah okay,” jelasnya.

BERITA TRENDING:“Saya Dah Penat Hidup Dengan Suami NPD...” – Siti Jamumall

BERITA TRENDING:Aiman Tak Kesah Tunjuk Bukti Keputusan ‘Urine Test’, Kurang Ilmu Agama Punca Lafaz Cerai Terhadap Siti Jamumall - “Saya Tak Boleh Kawal…”

BERITA TRENDING:Siti Jamumall Tak Tolak Rujuk Semula Dengan Bekas Suami Demi Anak-Anak - “Saya Maafkan, Tapi Nak Bersatu Kena Ada…”

BERITA TRENDING:Tidak Melatah! Abang Siti Jamumall Perjelas Kontroversi ‘Main’ Dengan Aiman Tak Kesah

BERITA TRENDING:Tak Sampai Dua Minggu Rujuk, Siti Jamumall Kena Cerai Lagi - “Aku Orang Kampung Sanggup Dipijak Tapi…”

Terdahulu, perkahwinan antara Siti dan Aiman menjadi perhatian ramai selepas berlaku pertelingkahan secara langsung di TikTok, sebelum Aiman melafazkan cerai di hadapan khalayak.
Difahamkan, ini merupakan kali kedua pasangan tersebut bercerai selepas pernah rujuk semula sebelum ini.
Bagaimanapun, Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, menetapkan 21 Julai depan bagi sebutan kes tuntutan pengesahan lafaz cerai pasangan pempengaruh, Khairul Aiman Abdul Kudus dan Siti Suriani Wahiddin.
Siti sebelum ini pernah berkahwin dengan Mohammad Syafiq pada tahun 2019, namun hubungan itu berakhir selepas tiga tahun.
Hasil perkahwinan pertama, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Putra Adam Rizki, 6, dan Putra Aiman Zafran, 4.
Dia kemudian bernikah dengan Aiman dalam sebuah majlis tertutup di Satun, Thailand pada Jun 2023.
Topic Berkaitan
#Anak
#cerai
#sekolah
#Gempak Eksklusif
#emosi
#Siti Jamumall
#Wanita Kuat
#Gempak Video News
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement