KELUANG MAN
Dennis Yin Bawa Watak Sarjan Chen, Teruja Bila Tahu Nas Jadi Keluang Man - “Dia Datang Gim Untuk Workout…”
Bekas penyampai radio dan pelakon, Dennis Yin akui teruja menjadi sebahagian daripada filem superhero ikonik negara, Keluang Man.
Nas datang gim workout
Menurut Dennis, selain jenama Keluang Man itu sendiri, dia menerima tawaran untuk berlakon dalam naskhah hebat itu adalah disebabkan rakannya, Nas Muammar Zar.“Masa saya terima watak ini sejujurnya saya berasa sangat teruja sebab dipilih untuk berlakon dalam filem aksi superhero di Malaysia. “Lagi satu disebabkan Nas kawan saya, dia datang gim saya untuk bersenam, jadi bila dapat tahu dia adalah Keluang Man, saya memang teruja,” katanya kepada Gempak.
Sarjan Chen
Dalam pada itu, mengulas mengenai wataknya sebagai Sarjan Chen, Dennis berkata karakternya itu menarik dan menyeronokkan.“Cuma dalam filem ini part Sarjan Chen menjadi sedikit complicated disebabkan Inspektor Sahab,” ujarnya.“Masa saya diset penggambaran, bila saya jadi Sarjan Chen pada saya karakter itu menyeronokkan. Sangat ‘straight forward’, dia tahu apa yang dia buat betul, dan apa yang salah.
ARTIKEL BERKAITAN:Nas Kagum Dengan Anwari, Sifatkan Produksi Keluang Man Hampir Menyerupai Hollywood - “Orang Kata Bukan Kaleng-Kaleng Sebab Dia…”
ARTIKEL BERKAITAN:Syafiq Yusof Puas Hati Dengan Keluang Man! Siap Puji & Bagi Rate 1000/10 - “Jujur Cakap Filem Ni Best Gila”
ARTIKEL BERKAITAN:Penonton Sifatkan Keluang Man Sebagai Superhero Terbaik Buatan Malaysia - “Keluang Man Deserves The Hype!”
ARTIKEL BERKAITAN:Nas Kongsi Pengalaman Uji Bakat Keluang Man, Kena Buat Empat Emosi Spontan - “Masa Tu Tengah Lapar, Jadi Fikir Nak Cakap Fasal Burger”
ARTIKEL BERKAITAN:Demi Keluang Man, Shweta Sanggup Diet Makan Nasi Ayam Hari-Hari - “Makan Dengan Halia & Bawang Putih, Banyakkan Air Kosong”
Untuk info, filem ‘live-action’ Keluang Man ini merupakan adaptasi daripada siri animasi popular yang diperkenalkan pada akhir era 1990-an dan berjaya mencipta fenomena tersendiri serta menjadi kebanggaan Malaysia.
Filem ini diterbitkan oleh penerbit terkemuka, Astro Shaw dengan kerjasama GSC, Idea River Run dan rakan strategik Wonda Kopi, serta produksi Pasal Productions.
Keluang Man dibintangi oleh Nas Muammar Zar, Datuk Remy Ishak, Datuk Rosyam Nor, Shweta Sekhon, Anwaar Beg Moghal, Halim Othman, Amelia Henderson, Sham Sunder, dan Dennis Yin.
Keluang Man diarahkan oleh pencipta bersama trilogi filem Polis Evo, penulis Kahar : Kapla High Council serta merupakan pengarah dan showrunner drama premium popular Projek: High Council dan Projek: Anchor SPM, Anwari Ashraf yang turut bertindak sebagai penulis skrip.
Naskhah ini menandakan kemunculan pertama Anwari sebagai pengarah filem.
Saksikan Keluang Man bermula 29 Mei di pawagan seluruh negara.
Ikuti siri jelajah Keluang Man pada 31 Mei di Johor, 1 Jun di Melaka, 6, 7, 8 Jun di Perak, Penang, Kedah, 13, 14, 15 Jun di Terengganu dan Pahang, 20, 21, 22 Jun di Klang Valley.
Pelbagai kolaborasi kreatif dilakukan bagi memberikan pengalaman superhero original pertama Malaysia melangkaui layar.
Antaranya kolaborasi’ Wonda Kopi Kluang’, ‘Wonda-ful Keluang Man Burger’, ‘Keluang Man WONDA Fun Run’, ‘Koleksi Premium Keluang Man Oleh Royal Selangor’, ‘Keluang Man dan Fung Keong’, ‘Keluang Man dan Abstrax’.
Untuk maklumat lanjut boleh dapatkan info di platform media sosial TikTok, Instagram, X, Facebook akaun Astro Shaw dan Astro Gempak.
Gunakan #KeluangMan #KeluangManMovie bagi berkongsi pendapat mahupun keterujaan anda tentang filem ini.
Sinopsis:
Keluang Man mengisahkan Borhan, seorang pesakit di Hospital Tumpoi sering melarikan diri dari hospital di malam hari.
Apabila sejarah lamanya menghantui, pesakit yang menghidapi ‘Dissociative Schizophrenia’ ini mula berniat membalas dendam, dan tanpa sengaja, Borhan membentuk identiti barunya sebagai seorang superhero, Keluang Man.
Must-Watch Video