,
Hiburan

Dengar Nasihat Peguam, Adam Shahz Takkan Kongsi Mengenai Hak Penjagaan Anak Di Media Sosial Lagi – “Bila Sekali Tersiar Susah Sangat Nak Hapuskan”

Khairil Khusyairi
09/11/2024
04:50 MYT
Pelakon Adam Shahz menegaskan dia enggan lagi membuat sebarang hantaran mengenai hak penjagaan penuh anak perempuannya, Ivy Herra Sophia, 9, di media sosial.

Ambil Langkah Berdiam

Menurut Adam atau nama sebenarnya Nor Shah Azli Abdol Ghani, pendiriannya itu dibuat selepas mendapatkan nasihat daripada peguamnya yang melarang dia membuat sebarang hantaran demi kebaikan semua pihak.
“Peguam saya kata tak perlu nak membangkitkan apa-apa isu sebab pada akhirnya yang akan membaca ialah anak-anak juga.

“Benda ini bila ia dah sekali tersiar dalam media sosial susah sangat nak dihapuskan, itu sebab saya saya mengambil langkah untuk berdiam.

“Saya senang, memudahkan kedua belah pihak,” ujarnya kepada Gempak.
Adam ditemui pada Majlis Meet & Greet filem lakonannya, Mereka Yang Tertewas di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur, pada Khamis.

Syukur Dapat Jenguk Anak

Dalam pada itu, Adam mengakui gembira apabila dapat menjenguk anaknya itu biarpun kes dengan bekas isterinya yang juga pelakon, Fatin Afeefa masih berjalan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

“Alhamdulillah, kerap juga (berjumpa), bila saya ada masa lapang atau bila anak hubungi suruh ambil, saya akan pergi dapatkan dia. Tiada masalah pun dalam hal ini.

"Bergantung bila saya lapang, saya boleh ambil Ivy. Apa yang mahkamah beri sebelum ini masa keputusan interim.

“Sementara kami dalam proses mahkamah saya boleh ambil bila-bila kalau tak mengganggu persekolahan anak,” kongsinya.

Tambah Adam lagi, dia berpendapat setiap ibu bapa yang mengalami perpisahan pasti mahukan keadilan sekali gus kasih sayang anak juga tidak terabai.

“Saya tahu setiap ibu bapa yang mengalami perceraian dan ada anak, mereka sebenarnya nak benda ini adil untuk kedua-dua belah pihak.

"Mungkin kita tak nak susahkan sesiapa dan kalau boleh kita nak anak itu dapat kasih sayang kedua-dua belah pihak secukupnya," tutupnya.
Untuk rekod, Adam dan Fatin mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2013 tetapi telah bercerai pada 30 Mei 2017.
Selepas berpisah, Fatin bertemu jodoh dengan lelaki pilihannya iaitu Aliff Awang pada Disember 2022 dan kini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Jibril, 10.
Fatin juga mempunyai seorang anak lelaki, Adam Aisy Arrian daripada perkahwinan pertamanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Adam Shahz Nafi Kediaman Diduduki Merupakan Pejabat & Rumah Perlindungan - “Alamat Yang Saya Guna Hanya Untuk…”

ARTIKEL BERKAITAN: Adam Shahz Enggan Bayar Nafkah Anak RM1,000, Fatin Afeefa Syukur Suami Sudi Bantu - “Saya Harap Mahkamah Berpihak Pada…”

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada Halangan Untuk Berjumpa, Ada Sebab Fatin Afeefa Bimbang Nak Lepaskan Anak Perempuan Bermalam Dengan Adam Shahz - “Sebagai Ibu, Sudah Tentulah Saya…”

ARTIKEL BERKAITAN: Lakon Aksi Silat Dalam Teater ‘Dang Anum (The Untold Story)', Adam Shahz Terima Banyak Tawaran Lain - “Ada Yang Saya Terpaksa Tolak Sebab…”

ARTIKEL BERKAITAN: Fatin Afeefa Larang Anak Ceburi Bidang Seni, Mahu Lebih Berjaya Dalam Pelajaran - “Saya Berhak Tentukan…”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Isu Artis Mangsa Buli; Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan - "Perlu Wujudkan Suasana Friendly"

gempak
23/11/2024
12:55 MYT
Pengarah, Syafiq Yusof, merasakan bahawa pihak produksi perlu memainkan peranan penting di set penggambaran untuk memastikan suasana bekerja yang kondusif dan harmoni.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Bollywood

Shah Rukh Khan Teruja Kembali Ke Malaysia! - "Saya Bukanlah Orang Penting Untuk Dianggap ..."

gempak
22/11/2024
21:50 MYT
Kehadiran ikon Bollywood Datuk Shah Rukh Khan yang ketika ini berada di Malaysia, mengujakan seluruh tetamu pada majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd, di ibu negara hari ini.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Hiburan

Sarimah Ibrahim Pesan Bakat Baharu Perlu Disiplin, Jangan Terlalu Merendah Diri Hingga Dibuli - “Maruah Kita Patut Tinggi & Mahal Dari Mana-Mana Gaji”

gempak
22/11/2024
05:50 MYT
Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim berkongsi tips bagaimana dia mampu bertahan dalam industri seni tanah air hampir tiga dekad.
Unitar