KELUANG MAN
Demi Keluang Man, Shweta Sanggup Diet Makan Nasi Ayam Hari-Hari - “Makan Dengan Halia & Bawang Putih, Banyakkan Air Kosong”
Demi memenuhi tuntutan watak sebagai Dr Malini dalam filem superhero ikonik negara iaitu Keluang Man, pelakon, Shweta Sekhon sanggup melakukan diet dengan hanya menjamah nasi ayam setiap.
Makan nasi ayam setiap hari
Bagaimanapun, kata Shweta dia tidak mengambil sebarang sos atau kuah bagi mengurangkan pengambilan kalori.
“Selain senaman, saya juga menjaga diet. Setiap hari saya makan nasi ayam tapi tak makan cili sebab tak boleh makan sos.
“Kalau anda nak makan Subway pun tak boleh makan sos, sos itu yang menyebabkan kalori banyak, jadi tak boleh, maka makan nasi ayam sahaja setiap hari.
“Makan nasi ayam dengan halia dan bawang putih, minum air kosong banyak. Kalau anda suka kopi macam saya, tak boleh minum latte.
“Americano sahaja tapi tanpa gula, gula adalah musuh nombor satu,” katanya.
Shweta berkata demikian ketika ditemui selepas penggambaran program Gempak Most Wanted baru-baru ini.
Jalani rutin senaman yang ketat
Selain makanan, Shweta juga turut menjalani proses senaman yang ketat dan berdisiplin.
“Salah satu cabaran terbesar saya adalah penampilan, sebab sebelum masuk dalam Keluang Man, saya sebenarnya lebih berat berbanding sekarang.
“Nak turunkan beratkan berat pun bukan senang sebab jadual kita memang padat tapi pada saya semuanya berbaloi sebab saya dapat mainkan watak Dr Malini.
"Satu lagi cabaran, saya kena faham dengan karakter, watak dan personaliti dia. Saya kena lakukan senaman setiap hari. Jadual saya bermula pada jam 6 pagi di jim.
“Selama satu jam, tiada kompromi, memang kaw kaw. Kemudian seleps latihan, jam 12 pula saya akan ke kelas pilates atau yoga.
“Manakala di petang hari pula saya kena joging sebab mahu penuhkan 10 ribu langkah setiap hari tapi jumlah tersebut akan meningkat secara berkala,” jelasnya.
ARTIKEL BERKAITAN:Membesar Dengan Keluang Man, Remy Ishak Teruja Bawa Watak Shamsir! - “Rasa Macam Mimpi Jadi Kenyataan”
ARTIKEL BERKAITAN:Rosyam Nor Bangga Terlibat Dalam Filem Keluang Man - “Set Penggambaran Keluang Man Antara Yang Paling Hebat Dalam Sejarah Pembikinan Filem Melayu”
ARTIKEL BERKAITAN:Aedy Ashraf Beri Sokongan Pada Kawan Baik, Tak Sabar Nak Tengok Nas Jadi Keluang Man - “Watak Borhan Memang Kena Dengan Dia”
ARTIKEL BERKAITAN:“Dah 10 Bulan Diet, Hanya Ambil Karbohidrat & Protein” - Nas Sanggup Korban Makanan Sedap Demi Keluang Man
ARTIKEL BERKAITAN:Ada Yang Pertikai Ketinggian Tak Sama Keluang Man, Nas Muammar Zar Komen - “Saya Sedar, Diri Tak Tinggi Tapi…”
Filem Keluang Man merupakan terbitan Astro Shaw dengan kerjasama GSC, Idea River Run dan rakan strategik Wonda Kopi, serta produksi Pasal Productions.
Diarahkan oleh Anwari Ashraf, filem ini menampilkan bariskan pelakon Nas Muammar Zar, Dato’ Remy Ishak, Anwaar Beg Moghal, Datuk Rosyam Nor, Shweta Sekhon, Halim Othman, Amelia Henderson, Sham Sunder, Dennis Yin dan ramai lagi.
Bakal ditayangkan di pawagam mulai 29 Mei ini, treler rasmi terakhir telah pun dilancarkan pada Sabtu selepas trailer rasmi pertama mencatatkan hampir 10 juta tontonan di platform Tik Tok @astroshawofficial.
Nantikan tayangan filem Keluang Man di pawagam seluruh negara pada 29 Mei 2025.
Must-Watch Video