KELUANG MAN
Demi Keluang Man, Shweta Kembali Belajar Bahasa Punjabi - “Sejujurnya Saya Lagi Fasih Berbahasa Melayu Berbanding Bahasa Ibunda”
Pelakon, Shweta Sekhon mengakui meskipun berbangsa Punjabi namun ratu cantik ini kurang mahir dalam bahasa ibundanya sendiri.
Ambil inisiatif belajar kembali bahasa Punjabi
Menurut Shweta atau nama sebenarnya Shwetajeet Kaur Sekhon, 28, mengambil inisiatif dengan belajar semula bahasa Punjabi daripada neneknya selain mendapat bantuan rakan pelakon, Anwaar Beg Moghal ketika di set penggambaran."Saya mula cakap balik bahasa Punjabi dan bukan tengok cerita Hindustan tetapi cerita Punjabi. Anwaar juga lebih fasih, jadi dia banyak tolong saya," katanya."Sejujurnya, saya lagi fasih berbahasa Melayu berbanding bahasa ibunda (Punjabi) sendiri sebab saya sekolah kerajaan, manakala kawan karib semua orang Melayu. "Tak pernah cakap bahasa ibunda tetapi sebab filem Keluang Man saya ambil peluang duduk dengan nenek dan buat kerja rumah.
Shweta berkata demikikan ketika ditemui Gempak selepas majlis tayangan gala filem Keluang Man bertempat di GSC, IOI City Mall, Putrajaya pada Khamis.
Ulang kaji tentang Keluang Man
Tambah Shweta lagi, dia terus membuat ulang kaji mengenai siri popular animasi Keluang Man sebelum masuk ke set penggambaran.Filem ‘live-action’ Keluang Man merupakan adaptasi daripada siri animasi popular yang diperkenalkan pada akhir era 1990-an dan berjaya mencipta fenomena tersendiri serta menjadi kebanggaan Malaysia."Pada hari saya dapat skrip, saya terus buat kerja rumah. Ibu saya semua tahu Keluang Man tetapi saya bukan generasi itu. "Jadi, saya memang kena buat kajian sendiri. Untuk angkat karakter dari legasi, saya kena faham siapa Doktor Malini (karakter)," ujarnya.
Filem ini diterbitkan oleh penerbit terkemuka, Astro Shaw dengan kerjasama GSC, Idea River Run dan rakan strategik Wonda Kopi, serta produksi Pasal Productions.
Menampilkan pelakon hebat Nas Muammar Zar, Datuk Remy Ishak, Datuk Rosyam Nor, Shweta Sekhon, Anwaar Beg Moghal, Halim Othman, Amelia Henderson, Sham Sunder, dan Dennis Yin.
Keluang Man diarahkan oleh pencipta bersama trilogi filem Polis Evo, penulis Kahar : Kapla High Council serta merupakan pengarah dan showrunner drama premium popular Projek: High Council dan Projek: Anchor SPM, Anwari Ashraf yang turut bertindak sebagai penulis skrip.
Naskhah ini menandakan kemunculan pertama Anwari sebagai pengarah filem.
Tiket filem Keluang Man sudah boleh dibeli bermula 21 Mei di pawagam seluruh negara.
Penonton juga boleh menjadi penonton terawal menyaksikan filem ini melalui ‘ sneak preview’ pada 28 Mei, iaitu satu hari awal sebelum tarikh tayangan rasmi filem.
Ikuti siri jelajah Keluang Man pada 31 Mei di Johor, 1 Jun di Melaka, 6, 7, 8 Jun di Perak, Penang, Kedah, 13, 14, 15 Jun di Terengganu dan Pahang, 20, 21, 22 Jun di Klang Valley.
Pelbagai kolaborasi kreatif dilakukan bagi memberikan pengalaman superhero original pertama Malaysia melangkaui layar.
Antaranya kolaborasi’ Wonda Kopi Kluang’, ‘Wonda-ful Keluang Man Burger’, ‘Keluang Man WONDA Fun Run’, ‘Koleksi Premium Keluang Man Oleh Royal Selangor’, ‘Keluang Man dan Fung Keong’, ‘Keluang Man dan Abstrax’.
ARTIKEL BERKAITAN:Demam Keluang Man Kembali Melanda! Cetus Nostalgia, Adrenalin & Humor, Permulaan Era Baharu Superhero Original Pertama Malaysia
ARTIKEL BERKAITAN:Nas Kongsi Pengalaman Uji Bakat Keluang Man, Kena Buat Empat Emosi Spontan - “Masa Tu Tengah Lapar, Jadi Fikir Nak Cakap Fasal Burger”
ARTIKEL BERKAITAN:Demi Keluang Man, Shweta Sanggup Diet Makan Nasi Ayam Hari-Hari - “Makan Dengan Halia & Bawang Putih, Banyakkan Air Kosong”
ARTIKEL BERKAITAN:Membesar Dengan Keluang Man, Remy Ishak Teruja Bawa Watak Shamsir! - “Rasa Macam Mimpi Jadi Kenyataan”
ARTIKEL BERKAITAN:Rosyam Nor Bangga Terlibat Dalam Filem Keluang Man - “Set Penggambaran Keluang Man Antara Yang Paling Hebat Dalam Sejarah Pembikinan Filem Melayu”
Untuk maklumat lanjut boleh dapatkan info di platform media sosial TikTok, Instagram, X, Facebook
akaun Astro Shaw dan Astro Gempak.
Gunakan #KeluangMan #KeluangManMovie bagi berkongsi pendapat mahupun keterujaan anda tentang filem ini.
Sinopsis:
Keluang Man mengisahkan Borhan, seorang pesakit di Hospital Tumpoi sering melarikan diri dari hospital di malam hari.
Apabila sejarah lamanya menghantui, pesakit yang menghidapi ‘Dissociative Schizophrenia’ ini mula berniat membalas dendam, dan tanpa sengaja, Borhan membentuk identiti barunya sebagai seorang superhero, Keluang Man.
Must-Watch Video