gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Tarikh tayangan 23 Julai, Thariq Ridzuwan : His Treasure Ditunda?
BERITA
Kes Zayn Rayyan: Ismanira Nafi Dakwaan ‘Muka Kosong’ - “Sejak Anak Hilang, Saya Lalui Perkara Yang Sangat Perit…”
HIBURAN
Menang Pembantu Lelaki Terbaik Di Thailand, Bront Palarae Harap Jadi Pembakar Semangat - “Bangga Nama Anak Malaysia Terpahat…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Demi Anak Dalam Kandungan, Siti Jamumall Masih Berhubung Baik Dengan Aiman Tak Kesah - “Kalau Dia Ada Masa…”

Ainun Md Zooki
Ainun Md Zooki
21/07/2025
08:55 MYT
Sponsor Banner
Demi Anak Dalam Kandungan, Siti Jamumall Masih Berhubung Baik Dengan Aiman Tak Kesah - “Kalau Dia Ada Masa…”
Pempengaruh dan usahawan, Siti Jamumall mengakui masih berkomunikasi dengan baik bersama suaminya, Aiman Tak Kesah meskipun mereka kini dalam proses pengesahan lafaz cerai.
Menurut Siti Jamumall atau nama sebenarnya, Siti Suriani Wahiddin, dia sentiasa bersikap profesional dan tidak menghadapi sebarang masalah untuk berurusan dengan suaminya, terutama melibatkan kandungannya.
"Saya profesional saja. Kalau dia nak berurusan apa-apa, terutamanya pasal anaklah. Saya akan terima secara baik. Kalau berjumpa, kadang-kadanglah untuk pemeriksaan kehamilan.

"Itu memang wajib buat setiap bulan. Ini pula dua minggu sekali kita nak kena pergi pemeriksaan. Jadi, bergantung.

"Saya pun tak kisah. Saya pergi sendiri pun saya okey saja. Tak ada masalah pun. Kalau dia ada masa, kita bawa sajalah," katanya kepada Gempak.
Siti Jamumall berkata demikian ketika hadir bagi prosiding pertama kes perceraian dengan suaminya, Aiman Tak Kesah di Mahkamah Syariah Shah Alam pada Isnin.
Sementara itu, Aiman turut mengakui komunikasi antara mereka masih berjalan lancar walaupun rumah tangga kini sedang bergolak susulan kontroversi lafaz cerai menerusi siaran langsung di TikTok pada Mei lalu.
"Alhamdulillah, setakat ini semuanya berjalan lancar dan semuanya okay. Saya anggap macam biasa. Tak ada apa-apa yang tak diingini berlaku. Saya dengan Siti pun dalam komunikasi yang okay dan lancar," jelasnya.
Terdahulu, siaran langsung TikTok usahawan Siti Jamumall mencuri perhatian ramai apabila suaminya, Aiman Tak Kesah melafazkan cerai talak dua di hadapan keluarga Siti serta ribuan penonton yang sedang menonton siaran tersebut secara langsung.
Sekadar info, Siti dan Aiman berkahwin di Satun Thailand pada awal Jun 2024. Sebelum ini, Siti pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohammad Syafiq pada 2019 namun bercerai tiga tahun lalu.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Putra Adam Rizki, 5, dan Putra Aiman Zafran, 3 tahun.

BERITA BERKAITAN: Hadir Ke Mahkamah Bagi Proses Cerai, Aiman Tak Kesah Tenang & Siti Jamumall Pula ‘Nervous’ - “Kita Berserah Saja”

BERITA BERKAITAN: Kes Cerai Siti Jamumall & Aiman Tak Kesah Ditangguh - “Kalau Mahkamah Kata Jatuh Talak 2, Mungkin Boleh Rujuk”

BERITA BERKAITAN: “Pihak Mahkamah Arahkan Kami Lakukan Pembelaan Dalam Masa Tujuh Hari” - Peguam Siti Jamumall

BERITA BERKAITAN: Rezeki Siti Jamumall! Vida Mahu Tanggung Kos Bersalin Sepenuhnya - “Ketika Ujian Datang Bertubi-Tubi…”

Topic Berkaitan
#Suami
#Baik
#Siti Jamumall
#Aiman Tak Kesah
#professional
#Hubung
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement