,
Berita

Dayah Bakar Dedah Nama Anak, Achbar Muhammad Fahri - "Nama Pilihan Baba"

ZULHILMI JALIL
23/08/2020
23:29 MYT
Selepas genap tujuh hari kelahiran cahaya mata, pengacara Dayah Bakar mendedahkan nama anak lelakinya kepada umum yang diberikan sebagai Achbar Muhammad Fahri.
Menurut Dayah atau nama sebenarnya Nur Hidayah Abu Bakar, 31, nama tersebut merupakan piihan yang dibuat suaminya, Kapten Muhammad Hanif Hamidi.
Perkara itu dikongsikan Dayah menerusi satu posting yang dimuat naik di Instagram miliknya yang turut menjelaskan maksud di sebalik nama puteranya itu.
"Achbar Muhammad Fahri Bin Muhammad Hanif. Achbar (dihormati), Muhammad (yang terpuji), Fahri (kebanggaanku).
"Nama pilihan baba. Apa baba suka, ibu turutkan. Tapi, nama Fahri itu memang pilihan tepat hati ibulah," jelasnya.
Dayah memilih hari ketujuh untuk mendedahkan nama bayinya itu sebagai mengikut saranan yang digalakkan dalam Islam.
Di ruangan komen, rata-rata pengikut memuji pilihan nama anaknya itu yang disifatkan cukup indah.
"Sedapnya nama dia. Unik. Semoga menjadi anak yang soleh untuk orang tua.
"Sungguh indah nama yang diberikan oleh baba," tulis sebahagian netizen.
Terdahulu, Dayah selamat melahirkan anak sulungnya pada Isnin lalu secara pembedahan.
Dayah terpaksa bersalin tanpa kehadiran suami di sisi berikutan Hanif yang merupakan pegawai tentera kini masih lagi terpaksa bertugas di Australia.
BACA: Sempat Video Call Sebelum Bersalin, Dayah Bakar Timang Anak Sulung Tanpa Suami Di Sisi
Dayah mendirikan rumah tangga dengan Hanif pada Jun 2018.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Apa Sebab Nak Perlekeh Keturunannya Pula?” - PU Syed Tampil Bersuara, Kurang Setuju Bab Isu Nama Keturunan

gempak
04/09/2024
00:53 MYT
Penceramah bebas, PU Syed tampil bersuara mengenai isu nama Syed dan Sharifah yang menjadi perbualan hangat di media sosial.
Hiburan

Fizi Ali Dedah Wajah Anak Ketiga, Pilih Nama Nurraisya Sofea - "Semoga Membesar Dengan Baik Ya Sayang"

gempak
26/08/2024
12:07 MYT
Penyampai radio, Fizi Ali akhirnya tampil berkongsi wajah puterinya di platform Instagram.
Hiburan

Justin Bieber & Hailey Kongsi Nama Anak Sulung - “Jack Blues Bieber”

gempak
24/08/2024
07:55 MYT
Selebriti terkenal Hollywood, Justin Bieber dan isteri, Hailey mengumumkan kelahiran cahaya sulung mereka yang diberi nama, Jack Blues Bieber.
Berita

George Town Dikenali Semua, Tak Perlu Tukar Nama Tanjong Penaga

gempak
17/07/2024
13:45 MYT
George Town telah dikenali seluruh rakyat Malaysia dan dunia sekian lama, justeru tiada sebarang isu berkaitan nama tempat dan keperluan untuk menukar nama ibu negeri Pulau Pinang itu.
Hiburan

Netizen Petik Nama Ammar Alfian Belasah Kekasih, Ini Respons Tuan Badan

gempak
09/07/2024
04:25 MYT
Pelakon, Ammar Alfian menafikan dakwaan dia pelakon yang membelasah kekasih setelah dipetik nama oleh netizen.