,
Laman Utama

David & Victoria Beckham Sambut Menantu, Majlis Kahwin Anak Bernilai RM16 Juta!

Azwa Rahman
11/04/2022
06:32 MYT
Anak sulung pasangan selebriti David dan Victoria Beckham, Brooklyn dan pelakon Nicola Peltz, sah bergelar suami isteri dalam satu majlis perkahwinan penuh berprestij di Florida. Amerika Syarikat pada petang Sabtu waktu tempatan.
Memetik media antarabangsa, majlis perkahwinan pasangan mempelai Brooklyn, 23, dan Peltz, 27, berlangsung di rumah agam milik keluarga Peltz di Palm Beach, Florida sekitar pukul 6 petang.
Dilaporkan, majlis mewah bagi meraikan hari istimewa Brooklyn dan Peltz, yang merupakan anak kepada jutawan, Nelson Peltz, menelan perbelanjaan sekitar 3 juta pound (RM16 juta).
Pasangan itu bertukar ikrar di hadapan seorang rabbi di bawah chuppah yang dihias bunga dalam upacara tradisional Yahudi sebagai penghormatan kepada warisan Yahudi Peltz.
Seiring dengan tradisi, Brooklyn kemudian memecahkan kaca yang dibalut dengan kain menggunakan tumitnya selepas dia dan pelakon filem The Last Airbender itu sah berkahwin.
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Sedih Anjing Kesayangan Mati, Menantu David Beckham Saman Pendandan Haiwan

gempak
02/07/2024
07:40 MYT
Terlalu sedih kerana anjing jenis Chihuahua mati, pelakon Nicola Peltz meyaman pendandan haiwan tersebut yang didakwa menjadi punca kematiannya.
Laman Utama

Brooklyn Beckham Jadi Stylist, Warganet: “Dia Cosplay Karier Setiap Minggu”

gempak
22/01/2023
12:38 MYT
Anak sulung Victoria dan Beckham, Brooklyn Beckham menerima kritikan dari warganet
Laman Utama

Victoria Beckham &  Menantu Kaya Tak Ngam

gempak
09/08/2022
14:25 MYT
Khabar kurang enak datang dari keluarga Victoria Beckham. Isteri pemain bola legenda David Beckham ini didakwa bermasam muka dengan anak menantunya yang kaya raya, Nicola Peltz.
Laman Utama

Kontrak RM4.5 Juta Brooklyn Beckham Ditamatkan Sebab ‘Makan Daging’

gempak
19/07/2022
14:55 MYT
Kontrak yang dimeterai anak legenda bola sepak dunia, David Beckham, Brooklyn Beckham dibatalkan walaupun baru lapan bulan dilantik menjadi salah satu wajah kempen jenama fesyen terkenal.
Hiburan

“Harap Dia Beri Harga Kawan-Kawan” - Beckham Mahukan Cef Gordon Ramsay Memasak Untuk Perkahwinan Anak

gempak
22/07/2020
05:07 MYT