,
Laman Utama

Daulat Tuanku, Warga Istana Negara Merafak Sembah Ucapan Tahniah Sempena Hari Keputeraan Agong

Asraf Aided
07/06/2021
01:23 MYT
Warga Istana Negara merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billlah Shah bersempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda hari ini.
Menerusi entri di Facebook Istana Negara, Warga Istana mendoakan Seri Paduka Baginda Tuanku sentiasa dilimpahi keberkatan bersemayam di atas Singgahsana Takhta Pemerintahan dengan penuh kebesaran, kedaulatan dan kesejahteraan.
"Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah Kebawah Duli Yang Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda bagi tahun 2021.
"Didoakan semoga Seri Paduka Baginda Tuanku sentiasa dilimpahi keberkatan bersemayam di atas Singgahsana Takhta Pemerintahan dengan penuh kebesaran, kedaulatan dan kesejahteraan jua," tulis kenyataan tersebut.
Dalam pada itu, Warga Istana turut mendoakan Seri Paduka Baginda Tuanku dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj serta putera-putera, puteri-puteri dan seluruh kerabat sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT.
"Didoakan ke hadrat Allah SWT juga semoga Seri Paduka Baginda Tuanku dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj serta putera-putera, puteri-puteri dan seluruh kerabat sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat-Nya, dilanjutkan usia dan sentiasa berada dalam sihat walafiat.
"Dirgahayu Tuanku, Daulat Tuanku," tulis kenyataan itu lagi.
Dalam pada itu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah turut merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah KDYMM Seri Paduka Baginda menerusi akaun Facebook beliau malam tadi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

#AgongKita: Ini Sebenarnya Maksud Keunikan Motif Gambir, Lada Hitam Hiasi Tengkolok Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim

gempak
20/07/2024
03:30 MYT
Motif gambir dan lada hitam yang cukup sinonim dengan Johor buat pertama kalinya diangkat menghiasi tengkolok atau destar Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim pada Istiadat Pertabalan di Balairung Seri, Istana Negara hari ini.
Berita

Dua Lelaki Bawa Parang Mahu Ceroboh Istana Negara Ditahan

gempak
18/05/2024
07:20 MYT
Dua lelaki warga tempatan ditahan kerana disyaki terlibat kes cubaan menceroboh Istana Negara, semalam.
Berita

Kongsi Foto Bersama Tengku Puteri Afzan, Tengku Puteri Ilisha, Tengku Puteri Iman: “Goodbye Istana Negara”

gempak
30/01/2024
08:45 MYT
Sebagaimana sedihnya Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah meninggalkan Istana Negara, hari ini, perasaan sama turut dirasai anakanda Seri Paduka Baginda Berdua.
Laman Utama

[VIDEO] Muncul Dalam Live Awani di Istana Negara, Netizen Undi Fikry Ibrahim Jadi PM10 - “Dari Lawak Solo Ke Pelakon Sekarang Bakal…”

gempak
23/11/2022
09:57 MYT
Sempat Fikry masuk live Awani...
Laman Utama

PRU15: “Sekarang Ada Kekosongan Jawatan & Terbuka Untuk Permohonan” - Seloroh Anwar Ibrahim, Siapa PM10? Tunggu…

gempak
22/11/2022
10:55 MYT
Kena sabar sikit je lagi...