,
Hiburan

Datuk M. Nasir, Naqiu, Nabila Razali, Antara Yang Akan Bersama di Warung Sepahtu Bermula Malam Ini

Badrul Hashim
14/01/2021
07:50 MYT
Pengumuman mengenai perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Selasa lalu menyebabkan semua rancangan yang bersiaran secara langsung dihentikan seketika sehingga satu tarikh yang akan diumumkan kembali.
Ini termasuklah rancangan yang disukai ramai, Sepahtu Reunion Live 2020 yang bersiaran secara langsung setiap hari Khamis, pukul 9:00 malam. Tetapi jangan risau, kerana Astro telah menyediakan program terbaru juga bersama mereka iaitu Warung Sepahtu.
Warung Sepahtu yang diterajui Jep, Shuib, Rahim dan Pak Ya akan berborak sakan dengan artis-artis jemputan seperti Datuk M. Nasir, Naqiu, Nabila Razali, Sharifah Sakinah, Noraniza Idris dan ramai lagi.
Pasti banyak cerita menarik dan rahsia peribadi artis bakal dikorek oleh mereka berempat. Selain itu, wajib ada sketsa komedi daripada Sepahtu, kan!
Episod pertama pasti havoc dengan kehadiran dua tetamu hebat, Liza Abdullah dan Jasmin Hamid.
Jangan lupa episod pertama Warung Sepahtu malam ini, pukul 9:00 malam di saluran Astro Warna (127) dan Astro Warna HD (107).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Kongsi Lirik Lagu ‘Makan Dalam', Entri Mamat Sepah Tuju Pada Siapa? - "Waktu Susah Kau Cari Aku, Waktu Senang ..."

gempak
06/08/2024
07:55 MYT
Pelawak terkenal iaitu Mamat Sepah mencuri perhatian apabila berkongsi lirik lagu ‘Hitam Manisan’ nyanyian asal kumpulan rock lagenda, Olan menerusi hantaran di Instagram Story (IG Story).
Hiburan

Sembang Main Judi Di Podcast, Shuib Mohon Maaf - "Memang Tak Manis Buka Aib Sendiri"

gempak
24/07/2024
12:25 MYT
Pelawak popular, Shuib mengaku khilaf dan memohon maaf atas ketelanjuran berkongsi kisah silamnya yang pernah terbabit dalam aktiviti perjudian sehingga mengalami ketagihan.
Hiburan

"Ingat, Aku Pernah Selamatkan Kau Masa Terkandas Di Pulau" - Shuib

gempak
07/01/2024
14:56 MYT
Shuib Sepahtu pernah menyelamatkan sahabatnya yang juga pelawak, Ajak Shiro yang terkandas di sebuah pulau menggunakan helikopter.
Laman Utama

Viral Kenangan Cikgu Anep Tengok Sepahtu Reunion Dengan Arwah Bapa, Jep & Rahim Tersentuh

gempak
07/09/2023
09:47 MYT
Semoga arwah ditempatkan bersama orang beriman.
Laman Utama

“Secara Peribadi Saya Nak Satukan Semula Tapi…” - Mamat Sepah Rindu Nak Duduk Semeja Dengan Jep & Shuib

gempak
13/07/2023
04:52 MYT
Semoga dapat disatukan semula.