VIRAL
Datin Shahida Bidas Dakwaan Gila Populariti & Tumpang Hasil Kekayaan - “Baik Saya Duduk Dirumah Habiskan Duit”
Isteri kepada usahawan terkenal, Datuk Aliff Syukri, Datin Shahida tampil membalas kenyataan pelakon Datin Rebecca Nur Al-Islam yang mendakwa dirinya gilakan populariti dan hanya menumpang kekayaan orang lain.
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Datin Shahida menegaskan segala yang dikecapinya hari ini adalah hasil titik peluhnya sejak muda lagi.
“Hai saya makcik. Baru habis live… Alhamdulillah takde pinjam-pinjam duit orang atau susahkan orang. Apa yang ada usaha sendiri. Takde tumpang,” tulisnya di Instagram Story.
Shahida turut berkongsi gambar-gambar lama sebagai bukti dia pernah menjadi model iklan syampu dan ahli kumpulan nasyid wanita.
Malah, dia dan suaminya sudah mula berniaga di pasar sejak 2008 lagi selepas mereka mendirikan rumah tangga.
“Kami suami isteri dah mula berniaga dari awal kahwin. Tak pakai duit sesiapa walau sepuluh sen. Kalau saya kahwin dengan orang kaya, tak payah susah payah buat live siang malam.
“Kalau saya kahwin dengan orang kaya, buat apa saya susah susah nak berniaga di pasar. Baik saya duduk je di rumah. Shopping habiskan duit. Buat apa saya ni siang malam saya buat live.
“Tahun 2008, saya ambil gambar ni ketika kami mula berniaga. Nasib ada bukti gambar, kalau tak orang tuduh kami tumpang kesenangan orang,” jelasnya.

Dituduh sebagai seorang yang gilakan konten, Datin Shahida akui mereka memang suka berkongsi kehidupan di media sosial tetapi mereka tidak pernah berniat untuk menjadikan orang luar sebagai konten tanpa izin.
BERITA BERKAITAN: Didakwa Gila 'Glamour', Rebecca Nur Al-Islam Bidas Isteri Aliff Syukri - “Adakah Makcik Ini Bodoh Atau Bercakap Tak Menggunakan Akal?”
BERITA BERKAITAN: "Awak Tak Faham Bila Mak Saya Cakap Tak Nak Post, Tapi You Masih Post Juga" - Anak Tampil Bersuara, Pertahan Bonda Rozita!
Dalam pada itu, dia juga meluahkan rasa syukur atas rezeki yang diberikan kepada keluarganya kini.
“Alhamdulillah, saya selalu sujud syukur di atas rezeki yang Allah bagi kepada saya, sihat tubuh badan, anak-anak yang baik dan keluarga yang sempurna walaupun pada mata orang melihat kami tidak bahagia. Tapi tidaklah sujud syukur sebab dapat suami atau mentua kaya. Sekian,” bidasnya.
Bagaimanapun, Shahida turut memaklumkan dia terpaksa memadamkan hantaran tersebut selepas menerima nasihat daripada suaminya.
“Saya delete sebab suami saya suruh delete..sekian”, katanya.
Terdahulu, pelakon Datin Rebecca Nur Al-Islam menafikan dakwaan Datin Shahida bahawa dia lebih sudu dari kuah apabila kerap memuat naik gambar kakak ipar barunya, Bonda Rozita Ibrahim.
Tak berdiam diri, anak Bonda Rozita iaitu Maryam Nur Imani juga bersuara mempertahankan Datin Shahida.
BERITA BERKAITAN: “Saya Rasa Tidak Layak Untuk…” - Shahida Enggan Ulas Isu Perkahwinan Rozita Ibrahim
BERITA BERKAITAN: Tetap Professional Walaupun Bergaduh, Shahida Kongsi Kisah Asam Garam Rumah Tangga Bersama Aliff Syukri - “4 Bulan Tak Bercakap…”
Must-Watch Video