,
Viral

Dari Pejabat Mufti Wilayah, Memburu Pahala 10 Malam Terakhir Ramadan

Fiza Kamarudin
14/05/2020
08:47 MYT
Diam tak diam hari ini Ramadan sudah memasuki fasa akhir dan semakin hampir melabuhkan tirainya.
Pada bulan ini, di dalamnya terdapat satu malam yang sangat ditunggu-tunggu iaitu lailatulqadar yang merupakan sebuah malam yang lebih baik dari seribu bulan, adalah satu perbuatan yang dituntut.
Keistimewaan lailatulqadar adalah ia dinamakan sendiri oleh Allah SWT di dalam al-Quran dengan mengkhususkan satu surah dinamakan surah Al-Qadr.
Menerusi portal, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, ada menerangkan beberapa amalan untuk dilakukan sepanjang 10 malam terakhir Ramadan.
Tiga ibadah dalam hadis di atas yang baginda Rasulullah S.A.W lakukan pada sepuluh malam terakhir adalah seperti berikut:
Pertama: Mengetatkan ikatan di pinggang baginda
Imam al-Hafiz Ibn Rajab Rahimahullah mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan perbuatan tersebut ada dua pendapat. Pertamanya ia membawa erti baginda bersungguh-sungguh dalam melakukan ibadah.
Maksud yang kedua pula adalah Nabi S.A.W meninggalkan perbuatan bersama dengan isteri pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan. Ibn Rajab mengatakan pendapat yang paling sahih akan maknanya adalah baginda mengasingkan dirinya dari isteri-isteri baginda. Lihat Lathaif al-Ma’arif, Ibn Rajab (Hlm. 332).
Kedua: Menghidupkan malam Yang dimaksudkan dengan menghidupkan malam ini ada dua kemungkinan: Menghidupkan keseluruhan malam dengan ibadah. Menghidupkan majoriti atau kebanyakan malam dengan ibadah. Ini kerana, menghidupkan separuh malam juga telah dianggap sebagai menghidupkan malam sebagaimana yang dikatakan oleh Imam Ibn Rajab al-Hanbali. Lihat Lathaif al-Ma’arif, Ibn Rajab (Hlm. 329). Ketiga: Membangunkan kaum keluarga untuk beribadah. Ketika masuknya sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan, baginda S.A.W mengejutkan isteri-isteri dan keluarga untuk bangun beribadah. Bahkan ada riwayat yang menunjukkan bahawa baginda mengetuk pintu Fathimah R.anha dan Ali bin Abi Thalib R.anhu lalu berkata: أَلَا تَقُومَان فَتُصَلِّيَان Maksudnya: Apakah kamu berdua tidak bangun lalu menunaikan solat ? Riwayat al-Bukhari (1127) Kelebihan Beribadah Pada Lailatul Qadr Di antara kelebihan menghidupkan malam al-Qadr dengan ibadah adalah seperti berikut: Pertama: Dosa-dosa kecil diampunkan.
Ini adalah berdasarkan sebuah riwayat daripada Abu Hurairah R.anhu beliau berkata bahawa Nabi S.A.W bersabda:
مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
Maksudnya: Sesiapa yang melakukan qiyam pada lailatul qadr dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran berserta keampunan nescaya akan dihapuskan dosa-dosanya yang terdahulu. Riwayat al-Bukhari (1901)
Yang dimaksudkan dengan qiyam (menghidupkan) di situ adalah dengan menghidupkan malam lailatul qadar dengan ibadah seperti solat tarawih, bacaan al-Quran, berzikir, berdoa, beri’tikaf, membaca al-Quran, bersedekah, dan segala amalan soleh yang lain. Kedua: Ganjaran amalan melebihi seribu bulan. Ini adalah berdasarkan firman Allah S.W.T: لَيۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ خَيۡرٞ مِّنۡ أَلۡفِ شَهۡرٖ Maksudnya: Malam al-Qadr itu lebih baik daripada seribu bulan. Surah al-Qadr (3)
Kata al-Imam Ibrahim al-Nakhaie Rahimahullah ketika menafsirkan ayat ini: Beramal pada malam tersebut (lailatul qadr) lebih baik daripada beramal pada seribu tahun. Lihat Lathaif al-Maarif, Ibn Rajab (Hlm. 341).
Semoga informasi ini memberi manfaat dan dapat membantu kita dalam mempertingkatkan ibadah untuk memburu malam Lailatul Qadr.
Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ruhainies Sambut Aidilfitri Di Tanah Suci, Mohon Maaf Pada Semua - "Semoga Allah Bersihkan Hati, Sucikan Diri"

gempak
09/04/2024
21:55 MYT
Pelakon sensasi Ruhainies memanjatkan rasa syukur dapat menunaikan ibadah pada hari terakhir Ramadan di Tanah Suci Makkah.
Berita

Hajat Beli Baju Raya Anak Tak Sampai, Suami Isteri Rentung Dalam Kemalangan

gempak
09/04/2024
00:25 MYT
Hasrat sepasang suami isteri untuk membeli baju raya empat anaknya tidak kesampaian, apabila kereta dinaiki mereka terbabit kemalangan di Jalan Bukit Mantin menghala ke Seremban, pagi tadi. Hasmadi Ahmad, 56, berkata anak perempuannya, Noor Azeana Azreen dan menantunya Abdul Halim Mat Rani, dalam perjalanan dari rumah mereka di Beranang ke rumah k
Gaya Hidup

Cuaca Panas Melampau, Doa Penduduk Kampung Pesagi Minta Hujan Dimakbulkan

gempak
08/04/2024
23:55 MYT
Tiada doa yang mustahil untuk dimakbulkan oleh Sang Pencipta, Allah SWT. Itulah yang boleh dikaitkan dengan situasi penduduk di Kampung Pesagi, Maran, apabila doa mereka meminta hujan ekoran daripada cuaca panas melampau dikabulkan seusai solat Istisqa’ (Solat mohon hujan). Menurut Kadi Daerah Maran, Amirul Farhan Wahi memaklumkan jemaah menun
Viral

Flat Dipenuhi Lampu Warna-Warni Untuk Sambut Aidilfitri, Netizen Puji Muafakat Penduduk - “Mantap Ukhwah Rumah Flat Ni”

gempak
08/04/2024
13:27 MYT
Hari Raya Aidilfitri bakal diraikan oleh semua umat Islam di seluruh dunia dalam beberapa hari sahaja lagi. Oleh kerana ia merupakan hari yang istimewa buat umat Islam, kedatangan hari raya selalunya disambut dengan pelbagai dekorasi seperti pemasangan lampu yang menghidupkan lagi suasana Aidilfitri. Itulah yang dapat dilihat menerusi satu hantar
Viral

Akibat Pakai Jubah Warna Hitam Berkilat, Baju Raya Pemuda Ini Disamakan Dengan Plastik Sampah!

gempak
08/04/2024
05:55 MYT
Sempena Hari Raya Aidilfitri yang menjelang tiba, pasti ramai umat Islam yang telah membuat persiapan seperti membeli baju baharu untuk menyambut kedatangan Aidilfitri. Bagaimanapun, menerusi satu hantaran lucu yang dimuat naik di Platform X, pakaian untuk hari raya pemuda ini menjadi bahan ketawa netizen apabila jubah yang dibelinya disamakan