Gaya Hidup
Dari Panas Terik Sampai Hujan, Fashion Show Jovian x Ria Miranda Tetap Jalan!
Profesional! Itu perkataan paling tepat menggambarkan pertunjukan fesyen Jovian Mandagie x Ria Miranda di Astaka Morocco, Putrajaya semalam.
Kenapa kami berkata sebegitu? Bayangkan daripada cuaca sepanas-panas mentari hingga hujan selebat-lebatnya pada pertengahan acara, semuanya lancar.
Model-model yang memperagakan kesemua helaian Jovian x Ria Miranda tetap meneruskan langkah tanpa resah.
Koleksi khas Jovian x Ria Miranda menghamparkan 21 seleksi yang mengangkat konsep modest kontemporari berinspirasikan seni bina Maghribi.
"Apa yang boleh saya katakan koleksi ini unik memandangkan saya dan Ria Miranda menyuntik elemen signifikan masing-masing daripada cetakan fabrik dan sulaman manik. Masing-masing saling melengkapi," katanya.
Rekaan Jovian x Ria Miranda menggabungkan cetakan optikal dan motif floral dalam siluet kaftan, blaus, kurung moden, jaket oversized dan palazzo.
Koleksi itu juga menggabungkan warna merah jambu, lilac, hijau, beige dan biru.
"Saya mengagumi Jovian sebagai pereka fesyen yang sudah lama dalam industri.
"Teruja apabila akhirnya dapat berkolaborasi dan menghasilkan koleksi yang istimewa buat pelanggan kami dan Jovianista," kata Pengarah Kreatif Ria Miranda, Ria Miranda.
Koleksi Jovian x Ria Miranda boleh dibeli secara dalam talian dan flagship store Jovian dan Ria Miranda mulai semalam.
Harga dijual bermula RM199 hingga RM600.
Must-Watch Video