,
Laman Utama

Dari Korea Untuk Malaysia, Ini 10 Fakta Menarik Kim Pan Gon Wajib Tahu!

Hanafis Haris
15/06/2022
23:15 MYT
Nama ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon secara tiba-tiba ‘meledak di media sosial.

Semuanya hasil kejayaaan Malaysia yang menumpaskan Bangladesh dengan keputusan empat gol berbalas satu, malam semalam.

Kejayaan itu sekali gus menamatkan kemarau 42 tahun gagal layak secara merit ke Piala Asia.

Namun, tahukah anda siapa sebenarnya Pan Gon ini?

Berikut merupakan fakta menarik tentang jurulatih ini!

#1 Pan Gon dilahirkan di Jinju, sebuah bandar kecil di Wilayah Gyeongsang Selatan, Korea Selatan. Difahamkan, Pan Gon dilahirkan dalam keluarga miskin dan banyak ditanggung oleh abangnya.

#2 Kim mula menunjukkan minat dalam bidang bola sepak sejak kecil, namun sekolah rendahnya tidak mempunyai pasukan sekolah. Disebabkan itu, dia mendaftar di Sekolah Tinggi Changshin di Masan dan Universiti Honam.

#3 Pan Gon yang pernah beraksi bersama kelab Ulsan Hyundai dan Jeonbuk Hyundai Motors di Korea Selatan pada era 1990-an, memulakan karier kejurulatihan selaku penolong jurulatih Busan IPark FC (2005-2008).

#4 Dia kemudian bergelar ketua jurulatih kebangsaan Hong Kong (2009-2010), penolong jurulatih Gyeongnam FC (2011) dan kembali ke Hong Kong (2012-2017).

#5 Pada Disember 2017, Kim meletak jawatan sebagai ketua jurulatih Hong Kong untuk menjadi pengarah teknikal Persatuan Bola Sepak Korea.

#6 Pan Gon mengetuai pasukan U-23 Hong Kong memenangi pingat emas dalam acara Bola Sepak pada kejohanan bola sepak Sukan Asia Timur 2009 selepas menewaskan Korea Selatan, Korea Utara dan Jepun.

#7 Pada 21 Januari 2022, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan bahawa mereka telah mengambil Kim Pan-gon sebagai ketua jurulatih pasukan kebangsaan yang baharu.

#8 Beliau menggantikan Tan Cheng Hoe yang melepaskan jawatannya pada 2 Januari 2022 dengan mengambil tanggungjawab susulan prestasi hambar pasukan Harimau Malaya yang gagal mara ke separuh akhir Piala AFF 2020 di Singapura.

#9 Beliau meletak jawatan sebagai pengarah teknikal Persatuan Bola Sepak Korea dan mengambil penerbangan ke Malaysia pada pertengahan Februari dengan empat kakitangan kejurulatihan, terdiri daripada pegawai analisis dan kecergasan, penolong jurulatih, dan jurulatih teknikal.

#10 Difahamkan juga, Kim ditawarkan kontrak dua tahun sehingga 2024 dan akan dilanjutkan sekiranya FAM berpuas hati dengan prestasi skuad kebangsaan pada masa hadapan.

BACA: Layak Piala Asia, Kim Pan Gon ‘Dihujani’ Pujian! Siap Disamakan Dengan Pelakon Squid Game?

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Viral

YouTuber Popular Dunia IShowSpeed Cuba Makan Super Ring & Burger Ramly, Sampai Sanggup Bayar Lebih! - "Oh Tuhanku, Makanan Ini Sangat Enak"

gempak
17/09/2024
21:55 MYT
Personaliti sensasi dan penstrim dalam talian dari Amerika Syarikat, IShowSpeed tidak terlepas untuk melakukan itu semua.
Viral

“Abang, Selamat Pulang Ke Kampung Halaman” - Netizen Teruja Lihat Lee Minho Kembali Ke Malaysia

gempak
13/09/2024
15:55 MYT
Kehadiran pelakon Korea terkenal, Lee Minho yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang pada jam 5 petang tadi ternyata disambut meriah oleh peminatnya.
Hiburan

Sandra Lim Mahu Harumkan Malaysia Di Pentas Miss Universe - "Perjalanan Ini Bukan Mudah"

gempak
12/09/2024
12:55 MYT
Selepas kemenangan yang diraih menerusi acara Miss Universe Malaysia baru-baru ini, pelakon dan model, Sandra Lim berhasrat mahu berusaha keras bagi mengharumkan nama negara ke persada dunia.
Hiburan

Pernah Berdepan 3 Pertuduhan Akibat Hantaran Di Laman Sosial, Pelawak Rizal Van Geyzel Kini Lebih Teliti Upload Video Jenaka

gempak
12/09/2024
11:55 MYT
Pelawak Rizal Van Geyzel mengambil iktibar selepas berdepan pertuduhan berkaitan hantaran video yang menyentuh sensitiviti kaum di Malaysia pada Julai 2022.