,
Gaya Hidup

Dari Kerja Kilang Kini Jadi Jutawan, Kisah Nur Azam Bukan Dongeng! - "Saya Bukan Pakar Tapi Saya Nak Ubah Nasib Keluarga"

Amri Hassan
21/10/2022
06:39 MYT
Siapa sangka, dari bekerja makan gaji sebagai pembantu teknologi maklumat (IT) di sebuah kilang, bapa kepada empat orang cahaya mata, Nur Azam Zamberi kini mampu merealisasikan impian bergelar jutawan pada usia 31 tahun!
Nur Azam, yang kini menyandang jawatan Pengarah Agensi Kumpulan di sebuah syarikat takaful terkemuka enggan berada di zon selesa dan berhasrat mahu mengubah nasib keluarga untuk memberikan kehidupan lebih selesa.
"Saya bukan pakar dalam bidang kewangan namun gemar membaca dan ke seminar bagi menambah ilmu berkaitan kaedah pengurusan wang yang betul.
"Daripada situ, saya dapat ilmu dan kongsikan dengan rakan sekerja.Ini kerana di kilang dahulu, ramai mempunyai masalah kewangan malah ada yang kahwin gunakan kad kredit.
"Selain minat dan mahu menambah pendapatan, saya ceburi bidang takaful kerana nampak ia ada masa depan untuk jangka masa panjang serta ada potensi merealisasikan cita-cita saya menjadi jutawan.
"Lagipun, saya mahu ubah nasib keluarga memandangkan datang daripada keluarga sederhana saja," katanya yang kini aktif sebagai Pengarah Agensi Kumpulan Azam Gemilang Group (AGG).
Sembilan tahun bekerja sebagai ejen takaful selain bekerja kilang, Nur Azam nekad berhenti kerja dan memberikan fokus sepenuhnya dalam bidang kewangan dan takaful.

Cabaran ejen takaful

14 tahun menceburi bidang kewangan dan takaful, banyak cabaran dilaluinya terutama ketika berusaha mendapatkan prospek pelanggan. Bagaimanapun, Nur Azam menganggapnya sebagai lumrah dan asam garam yang perlu ditempuh.
"Ketika awal dulu, memang banyak dugaannya malah tidak semua prospek ditemui setuju dan bersungguh untuk ambil takaful. Ada yang sudi berjumpa untuk dengar penerangan tetapi akhirnya tidak berminat tetapi di situ pentingnya sabar.
"Alhamdulillah, keluarga terutama isteri banyak menyokong dan setakat ini, penerimaan orang sekeliling juga baik.
"Persepsi masyarakat terhadap insuran juga berubah selepas Covid-19 kerana kini, lebih ramai yakin untuk mengambil pakej perlindungan diri yang boleh memberi manfaat kepada mereka jika ditimba musibah," katanya.

AGG menang Anugerah Best Digital Agency

Selain pencapaian diri, Nur Azam berkata, syarikatnya juga memenangi anugerah prestij sulung iaitu Best Digital Agency baru-baru ini.
Kejayaan syarikat dalam bidang tersebut telah diiktiraf dan berjaya menobatkan AGG menerima Anugerah Best Digital Agency, Agensi Million Ringgit dan Agensi Superstar dalam satu majlis awal bulan ini.
Katanya, syarikatnya turut menerajui agensi MillionRinggit dan melahirkan ramai ejen bertaraf ‘Malaysia Million Dollar Round Table’ (MDRT) selama 13 tahun berturut-turut selain ada sistem interaktif memudahkan hubungan ejen dan pelanggan.
Berkongsi hala tujunya, Nur Azam berkata, dia berhasrat membantu lebih ramai anak muda untuk berjaya.
"Dalam masa terdekat, saya mahu rekrut 100 lagi orang baru ,kalau boleh mahu beri peluang kepada anak muda. Ia menerusi skim gaji kerja sambilan dikenali BESMART yang boleh memberi mereka elaun tetap RM1000 dan komisyen," tambahnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar