,
Laman Utama

Dari Golongan M40 Jatuh Ke B40.. Ibu Tunggal Sara Hidup Dengan Duit Zakat RM500, Sanggup Tak Beli Bekalan Ubat Demi Makanan Anak

Awani
24/06/2021
05:14 MYT
Ibarat jatuh ditimpa tangga.
Itu perumpamaan buat ibu tunggal berusia 45 tahun, Siti Suzanne Anton, yang pernah bertugas sebagai penganalisis di sebuah syarikat cari gali.
Lapan bulan lalu, dia kehilangan pekerjaan. Lantaran itu, kehidupannya terus berubah daripada seorang yang berkerjaya dalam golongan M40 kepada golongan susah di bawah kategori B40.
Hanya berbekalkan bantuan zakat RM500, hidup perlu diteruskan bagi ibu tunggal lima anak ini meskipun tidak mendapat bantuan lain.
"Ada masa (keadaan) saya memang teruk, tiada beras, dan lain-lain keperluan. Saya terpaksa bertanya di mana boleh dapatkan beras.
"Kalau kita buat hantaran di Facebook, meminta bantuan, biasanya ada pihak yang akan respons balik. Alhamdulilah ada yang bagi makanan.
"Pernah dua tiga kali beras habis, duit pun tiada. Terpaksa tanya siapa yang ada beli beras," katanya kepada Astro AWANI.
Lima anaknya berusia 21, 17, 13, 11 dan 10 tahun, masing-masing masih bersekolah sementara anak sulungnya ketika ini menjadi pelatih di sebuah syarikat.
Kisah Siti Suzanne mengusik hati penulis, pilu melihat bagaimana pandemik ini boleh mengubah kehidupan seseorang.
Lebih meruntun jiwa, dia yang menghidap penyakit jantung mendahulukan wang yang ada demi memastikan makanan tersedia buat anak-anaknya dan bukan ubat-ubatan yang diperlukannya.
"Saya mengalami serangan jantung (lapan bulan lepas), tetapi saya tidak beli ubat-ubat saya sebab tak mampu. Jadi, peruntukan untuk ubat saya tukar ke makanan anak-anak. Itu paling penting bagi saya.
"Sebenarnya saya bergantung kepada ubat, saya sudah buat pembedahan masukkan belon di urat jantung. Jadi, saya mengharapkan ubat.
"Tetapi buat waktu ini saya tak mampu beli ubat, kecuali ubat cair darah sahaja. Ubat lain saya tak mampu beli sebab agak mahal," kata Siti Suzanne lagi.
Ketika menceritakan keadaannya, air matanya berlinang mengenang nasib anak-anaknya.
Tekad mahu bangkit, Siti Suzanne terus berusaha mendapatkan pekerjaan meskipun lebih lapan kali permohonannya tidak berhasil.
"Walaupun banyak saya mohon kerja, tetapi tiada rezeki. Memang sedih. Tiada sokongan. Dan memang saya tertekan juga. Mencari kerja sekarang tidak macam dulu.
"Bagi saya, yang paling utama untuk dapat kerja, kemudian saya nak dapatkan hidup saya macam dulu.
"Sebenarnya, semangat saya sudah tiada, tetapi anak-anak yang buatkan saya kuat semangat untuk lalui dugaan ini," jelasnya.
Meskipun terpaksa melalui hari-hari sukar, Siti Suzanne tidak mendapat bantuan seperti golongan B40 kerana dia masih dikategorikan sebagai M40.
Apa yang diharapkan, ada pihak yang dapat membantunya meringankan beban.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

"Terlalu Banyak Nak Dikongsikan, Hati-Hati Dengan Fitnah ..." - Vivy Yusof

gempak
30/10/2024
03:25 MYT
Usahawan popular Datin Vivy Yusof tampil berkongsi keadaan terkininya dan respon terhadap desakan netizen yang mahukan beliau tampil memberikan kenyataan selaku pengasas Fashion Valet.
Viral

Suara B40! Pasangan Kaartik-Rekka Tambat Hati Netizen Di Media Sosial - "Biasanya Kami Buat Video Lepas Pukul 10 Malam Sebab ..."

gempak
25/10/2024
06:27 MYT
Pasangan suami isteri K.Kaartik dan N.Rekka tidak pernah menjangka klip video berbahasa Tamil tentang kehidupan seharian masyarakat negara ini, khususnya golongan B40, yang dihasilkan mereka berjaya memikat hati pelbagai kaum.
Berita

Anak Orang Kaya Bayar RM7,520 Belajar Di Universiti Awam, Kerajaan Tanggung Kos RM80,623

gempak
05/10/2024
04:55 MYT
Lebih 80 peratus subsidi yuran pengajian yang ditanggung kerajaan bagi kursus peringkat ijazah sarjana muda dan diploma di universiti awam (UA) turut dinikmati anak golongan kaya.
Berita

GISBH Tidak Pernah Bayar Zakat - LZS

gempak
28/09/2024
09:55 MYT
Perkara itu disahkan oleh Ketua Divisyen Kutipan LZS, Muhd Fikri Naim Harun yang memaklumkan, tiada rekod pembayaran zakat diterima daripada GISBH termasuk 20 anak syarikat di bawahnya.
Berita

Mpox: “Masyarakat Juga Harus Bertindak, Tak Boleh Harapkan Kerajaan Sahaja,” - Pakar Epidemiologi

gempak
28/08/2024
11:55 MYT
Meskipun penularan Kes Mpox di Malaysia belum mencapai tahap serius, namun masyarakat Malaysia harus mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan bersama.
Unitar