HIBURAN
Dapur Goodday Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton: Nadia Brian, Bidin Alzaifa & Anas Ridhuan Pula Ambil Alih, Masak Ayam Buttermilk, Kacang Coklat Dalam Balang
Eh mana Sarimah & Tuyah? Ha untuk episod 19 program realiti drama masak pertama di Malaysia ‘Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton’ berbeza sedikit.
Ia disebabkan Sarimah (Zarina Zainoordin) dan Tuyah (Ezu Hashim) tak ada, jadi Nadia Brian, Bidin Alzaifa dan Anas Ridhuan pula ambil alih dapur untuk memasak.
Mereka akan masak Ayam Buttermilk dan Kacang Coklat Dalam Balang yang sudah semestinya menggunakan bahan utama, Goodday Full Cream Milik.
Ayam Buttermilk
Bahan-bahan:
- 3 cawan beras basmathi
- Keropok Ikan
- 4 keping dada ayam
- 2 sudu besar minyak bijan
- Secubit Garam
- Secubit lada hitam
- 1 biji telur besar
- 2 sudu besar setiap satu tepung gandum dan tepung beras
- 100 gram mentega
- 5 ulas bawang putih
- 3 biji cili merah
- 2 tangkai daun kari
- 1 cawan susu penuh krim Goodday
- Secubit garam
- Secubit gula
Cara Membuat Ayam Buttermilk:
- Goreng Ayam – Perap ayam dengan garam, lada & paprika. Salut dengan telur & tepung, goreng hingga keemasan.
- Sos Buttermilk – Tumis bawang putih, daun kari & cili. Masukkan mentega, susu penuh krim & susu pekat. Perasakan.
- Gabung – Masukkan ayam ke dalam sos, kacau hingga bersalut.
- Hidang – Nikmati panas dengan nasi atau roti!
Kacang Coklat dalam Balang
Bahan-bahan:
- ½ cawan susu penuh krim Goodday
- 500 gram coklat (kompaun gelap)
- ½ cawan minyak jagung
- 500 gram bebola coklat mini
- 1/3 cawan badam cincang
- 1/3 cawan biji labu
- 1/3 cawan biji bunga matahari
Cara Membuat:
- Sangai Kacang – Goreng kacang tanah, badam & gajus hingga wangi. Sejukkan.
- Cairkan Coklat – Potong coklat & cairkan guna kaedah double boiler. Tambah minyak kelapa/mentega koko.
- Campur Bahan – Gaul kacang dengan coklat cair. Tambah biskut/cornflakes & madu jika suka.
- Masukkan ke Balang – Tuang ke dalam balang, sejukkan hingga mengeras.
- Nikmati! – Makan sendiri atau jadikan hadiah
‘Cooking show’ ini juga mempunyai gerai di bazar Ramadan yang terletak Stadium Shah Alam yang menjual menu masakan dalam program tersebut bermula 2 Mac.
Sebab itu konsep untuk program itu adalah ‘Tengok Hari Ini, Esok Boleh Beli’.
Istimewanya lagi, setiap resipi dalam program ini menggunakan susu Goodday sebagai sebahagian daripada ramuannya, menjadikan hidangan kaya rasa.
Saksikan Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton di saluran Astro Ria setiap hari sepanjang Ramadan, bermula 1 Mac, 5.30 petang, serta platform On Demand dan Astro GO.
Gunakan #DapurGoodday #MisiSarimahTuyahVSCheTon #GempakOriginalSeries di media sosial, dan ikuti perkembangan terbaru tentang program masakan ini di akaun Instagram, TikTok, X, Facebook akaun Gempak.
Manakala penonton boleh membeli masakan yang disiarkan dalam program tersebut di gerai bazaar Ramadan, Stadium Shah Alam mulai 2 Mac sehingga 29 Mac.
Must-Watch Video