HIBURAN
Dapur Goodday Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton: Makin Seronok Sarimah & Tuyah Memasak, Buat Roti John, Biskut Choco Chip
Semakin menarik program realiti drama masak pertama di Malaysia ‘Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton’ ditambah dengan pelbagai watak.
Selepas Sarimah (Zarina Zainoordin) dan Tuyah (Ezu Hashim) ambil alih dapur daripada Che Ton, mereka la yang menyediakan semua menu.
Untuk episod kali ini, Sarimah dan Tuyah akan buat Roti John dan Biskut Choco Chip.
Lagi sekali, Sarimah dan Tuyah ditemani oleh Mat Redho untuk bersama-sama mereka menyediakan masakan yang sudah semestinya menggunakan bahan utama, Goodday Full Cream Milik.
Roti John
Bahan-bahan:
- 5 biji telur besar
- 1/3 cawan susu penuh krim Goodday
- 1 biji cili merah
- 1 biji bawang merah
- 3 batang daun kucai
- Secubit garam
- Secubit lada hitam
- Roti panjang
Cara Membuat Roti John:
- Tumis Inti – Goreng bawang, masukkan daging/ayam cincang. Tambah rempah dan sos, kacau hingga masak.
- Campur Telur – Gaul inti dengan telur dalam mangkuk.
- Masak Roti – Sapukan mentega pada roti. Tuang telur & daging di kuali, tekan roti di atasnya. Masak hingga keemasan.
- Hidang – Tambah mayonis, sos cili & sayur. Potong & nikmati!
Choco chip cookies
Bahan-bahan:
- 250 gram mentega sejuk lembut
- 1 cawan gula perang
- ½ sudu besar garam
- 1 biji telur
- 1 sudu besar esen vanila
- 1 sudu besar susu penuh krim Goodday
- 2 ½ cawan tepung
- ½ cawan tepung jagung
- 4 sudu besar minyak jagung
- 1 sudu besar serbuk penaik
- 1 sudu besar soda bikarbonat
- 300 gram cip coklat
Cara Membuat Choco Chip Cookies:
- Pukul Mentega & Gula – Pukul mentega, gula perang & kastor hingga berkrim. Masukkan telur & vanila.
- Campur Bahan Kering – Ayak tepung, serbuk penaik, soda bikarbonat & garam, kemudian gaul ke dalam adunan.
- Tambah Coklat Cip – Masukkan coklat cip & kacang (jika mahu), gaul rata.
- Bentuk & Sejukkan – Bentuk doh, letak atas dulang & sejukkan 15-30 minit.
- Bakar – 170°C selama 12-15 minit hingga keemasan.
- Sejukkan & Nikmati – Biarkan sejuk sebelum dihidang. Sedap dengan susu atau kopi!
‘Cooking show’ ini juga mempunyai gerai di bazar Ramadan yang terletak Stadium Shah Alam yang menjual menu masakan dalam program tersebut bermula 2 Mac.
Sebab itu konsep untuk program itu adalah ‘Tengok Hari Ini, Esok Boleh Beli’.
Istimewanya lagi, setiap resipi dalam program ini menggunakan susu Goodday sebagai sebahagian daripada ramuannya, menjadikan hidangan kaya rasa.
Saksikan Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton di saluran Astro Ria setiap hari sepanjang Ramadan, bermula 1 Mac, 5.30 petang, serta platform On Demand dan Astro GO.
Gunakan #DapurGoodday #MisiSarimahTuyahVSCheTon #GempakOriginalSeries di media sosial, dan ikuti perkembangan terbaru tentang program masakan ini di akaun Instagram, TikTok, X, Facebook akaun Gempak.
Manakala penonton boleh membeli masakan yang disiarkan dalam program tersebut di gerai bazaar Ramadan, Stadium Shah Alam mulai 2 Mac sehingga 29 Mac.
Must-Watch Video