HIBURAN
Dapur Goodday Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton: Kali Ini ‘Student’ Kelas Tahanan Cikgu Hiragi Pula Teman, Ashraf & Che Ton Masak Ayam Bawang & Nasi Goreng Cili Padi
Kali ini pelajar dari Kelas Tahanan Cikgu Hiragi iaitu Ashraf (Evertts Gomes) pula menemani Che Ton (Sherry Alhadad) dalam program realiti drama masak pertama di Malaysia ‘Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton’.
Untuk episod kali ini, Ashraf akan tolong Che Ton masak Ayam Bawang dan Nasi Goreng Cili Padi.
Manakala Sarimah (Zarina Zainoordin) dan Tuyah (Ezu Hashim) pula siapkan Boba Teh Ais yang sudah semestinya menggunakan bahan utama iaitu Goodday Fresh Cream Milk.
Ini resepi penuh:
Ayam Bawang
Bahan kisar halus:
- 1 biji bawang merah besar
- 3 biji bawang merah kecil
- 5 ulas bawang putih
- 2 inci halia
Bahan-bahan ayam goreng:
- 1 kilo ayam (bahagian whole leg)
- 2 sk garam
- 2 sk serbuk kunyit
Bahan-bahan lain:
- 3 biji bawang merah besar Rempah
- 4 sekawan(1 kayu manis, 2 bunga lawang, 5 biji pelaga, 3 cengkih)
- 1 helai daun pandan
- 1 tangkai daun kari
- 2 sb serbuk cili
- 1 sb serbuk kari daging
- 1 sk serbuk jintan manis
- 1/2 sk serbuk jintan putih
- 1/2 sb garam masala
- 3 sb sos cili
- 2 sb sos tomato
- 2 sb sos tiram
- 2-3 sb kicap manis
- Sedikit air
- Garam secukup rasa
- 1/2-1 sb gula
- Serbuk perasa, jika suka
- Daun ketumbar
Cara memasak:
- Gaul ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Perap 10 minit.
- 3 biji bawang besar, hiris nipis. Goreng di dalam minyak panas, untuk di buat bawang goreng
- Goreng ayam di dalam minyak panas sehingga garing.
- Kisar halus 1 biji bawang besar, 3 biji bawang kecil, 5 ulas bawang putih, 2 inci halia.
- Tumis rempah 4 sekawan bersama daun pandan & daun kari. Kemudian masukkan bahan kisar halus.
- Kemudian masukkan 1/2 SB garam masala, 1SB serbuk kari daging, 1sb serbuk cili, 1sk serbuk jintan manis, 1/2sk serbuk jintan putih. Kacau sampai rempah masak. Masukkan air jika perlu.
- Kemudian masukkan 3 sb sos cili, 2sb sos tomato dan 2sb sos tiram. Selepas itu masuk kan 2-3sb kicap masis. Tambah garam dan gula jika perlu.
- Setelah kuah hampir kering, masukkan ayam yang dah digoreng tadi, gaul sekata. Kemudian taburkan dengan bawang goreng dan daun ketumbar.
- Siap untuk dihidang.
Nasi Goreng Cili Padi
Bahan-bahan tumbuk kasar:
- 6-8 biji cili padi
- 3 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
Bahan-bahan lain:
- sedikit minyak
- 1 mangkuk ikan bilis sayur lobak merah
- 2 biji telur
- 3-4 cawan nasi
- ¼ - ½ sudu kecil lada sulah garam, secukup rasa serbuk perasa.
Cara memasak:
- Tumbuk Kasar 6 biji cili padi & 3 biji bawang merah
- Hiris kasar kacang panjang, 1/2 batang lobak merah potong dadu.
- Panaskan minyak dan goreng ikan bilis sehingga garing.
- Guna minyak ikan bilis dan tumis bahan tumbuk kasar, sehingga garing. Kemudian masukkan lobak merah.
- Masukkan 2 biji telur, kacau sebati. Kemudian masukkan nasi sejuk. Gaul sekata. Masukkan kacang panjang dan gaul.
- Masukkan 1/2 sudu kecil lada sulah, masukkan garam dan serbuk perasa. Kemudian masukkan ikan belis goreng.
- Siap untuk dihidang.
Boba Tea Ais
- 1 mangkuk kecil boba
- 2 uncang tea boh
- 3 susu besar susu pekat manis
- 1 gelas air
- Air batu secukupnya
- 3 sudu besar gula merah
Cara Memasak
- Masak boba dengan gula merah, guna api yang perlahan, sentiasa kacau supaya boba tidak melakat dan hangus masak selama 30 minit.
- Boba yang telah masak tadi isikan ke dalam gelas. Rendam tea dengan segelas air panas, tunggu sehingga warna tea jadi pekat, letak susu Goodday Fresh Cream dan kacau.
- Tuang tea susu tadi kedalam gelas yang berisi boba dan ais. siap boleh diminum.
‘Cooking show’ ini juga mempunyai gerai di bazar Ramadan yang terletak Stadium Shah Alam yang menjual menu masakan dalam program tersebut bermula 2 Mac.
Sebab itu konsep untuk program itu adalah ‘Tengok Hari Ini, Esok Boleh Beli’.
Istimewanya lagi, setiap resipi dalam program ini menggunakan susu Goodday sebagai sebahagian daripada ramuannya, menjadikan hidangan kaya rasa.
Saksikan Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton di saluran Astro Ria setiap hari sepanjang Ramadan, bermula 1 Mac, 5.30 petang, serta platform On Demand dan Astro GO.
Gunakan #DapurGoodday #MisiSarimahTuyahVSCheTon #GempakOriginalSeries di media sosial, dan ikuti perkembangan terbaru tentang program masakan ini di akaun Instagram, TikTok, X, Facebook akaun Gempak.
Manakala penonton boleh membeli masakan yang disiarkan dalam program tersebut di gerai bazaar Ramadan, Stadium Shah Alam mulai 2 Mac sehingga 29 Mac.
Must-Watch Video