HIBURAN
Dapur Goodday Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton: Bibah, Tuyah Masak Nasi Ayam Hainan & Air Bandung Cincau Soya Sebagai Minuman Segar
Pelbagai drama yang disajikan dalam program realiti drama masak pertama di Malaysia ‘Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton’.
Untuk episod kali ini, macam biasa Bibah (lakonan Siti Elizad) bersama Tuyah (Ezu Hashim) akan memasak menu utama iaitu Nasi Ayam Hainan serta air segar, Bandung Cincau Soya.
Sudah semestinya, semua masakan itu menggunakan bahan utama, Goodday Full Cream Milik.
Nasi Ayam Hainan
Bahan-Bahan:
- 200gm mentega
- 2 biji bawang merah (dicincang)
- 10 ulas bawang putih (dicincang)
- 2 inci halia (dihiris)
- 5 batang serai (diketuk)
- 4 helai daun pandan
- 2 akar ketumbar
- 3 sudu besar perisa ayam
- Secubit garam
- 550ml air putih
- 50ml susu penuh krim Goodday
- 500gm beras basmathi
Cara memasak:
- Tumis bawang merah, bawang putih, halia, serai, dan daun pandan dengan mentega hingga wangi.
- Masukkan beras, perisa ayam, garam, air, dan susu penuh krim Goodday.
- Masak seperti nasi biasa sehingga tanak.
- Hidangkan bersama ayam Hainan dan sup.
Bandung Cincau Soya
Bahan-Bahan:
- 2 liter susu strawberi Goodday
- 500ml ais krim soda
- 1 ketul cincau (dipotong dadu)
- Secubit garam
- ½ cawan susu pekat manis
- 1 sudu besar esen vanila
- 3 skop ais krim vanila
Cara masak:
- Campurkan susu strawberi Goodday, ais krim soda, dan cincau dalam bekas besar.
- Masukkan garam, susu pekat, dan esen vanila, kacau rata.
- Tambahkan ais krim vanila sebelum dihidang.
‘Cooking show’ ini juga mempunyai gerai di bazar Ramadan yang terletak Stadium Shah Alam yang menjual menu masakan dalam program tersebut bermula 2 Mac.
Sebab itu konsep untuk program itu adalah ‘Tengok Hari Ini, Esok Boleh Beli’.
Istimewanya lagi, setiap resipi dalam program ini menggunakan susu Goodday sebagai sebahagian daripada ramuannya, menjadikan hidangan kaya rasa.
Saksikan Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton di saluran Astro Ria setiap hari sepanjang Ramadan, bermula 1 Mac, 5.30 petang, serta platform On Demand dan Astro GO.
Gunakan #DapurGoodday #MisiSarimahTuyahVSCheTon #GempakOriginalSeries di media sosial, dan ikuti perkembangan terbaru tentang program masakan ini di akaun Instagram, TikTok, X, Facebook akaun Gempak.
Manakala penonton boleh membeli masakan yang disiarkan dalam program tersebut di gerai bazaar Ramadan, Stadium Shah Alam mulai 2 Mac sehingga 29 Mac.
Must-Watch Video