,
Hiburan

Dapat Tajaan 700 Paket Gula, Pengarah Teater ‘Dang Anum (The Untold Story) Terharu Hairul Azreen & Hanis Zalikha Turut Beli Banyak Tiket Korporat

Asyikin Mayudin
27/09/2024
05:55 MYT
Dalam usaha mendapatkan penaja wang ringgit untuk menampung kos pementasan Teater Dang Anum (The Untold Story), pengarah, Amirul Haswendy Ashari, mengakui ada juga pihak yang berhasrat menaja gula paket.

Rezeki untuk penonton

Terkejut dengan penajaan 700 paket gula, Amirul bagaimanapun menganggap ia merupakan rezeki untuk diberikan kepada penonton yang hadir menonton teater tersebut nanti.

“Pada awal memang agak terkejut sebab diikutkan kami perlukan penajaan wang tunai untuk menampung kos pementasan teater ini ke Melaka dan Johor, selain rakaman dokumentari khas di Batam dan Riau.

“Terfikir juga, nak buat apa dengan 700 paket gula yang banyak? Tapi apabila difikirkan semula, semua ini rezeki kepada penonton yang datang menonton teater ini kelak,” katanya berterima kasih kepada syarikat pengeluar gula tempatan, MSM.

Tiket korporat

Amirul turut meluahkan rasa terharu kerana rakan artis seperti Hairul Azreen dan isteri, Hanis Zalikha memberi sokongan membeli tiket korporat pada jumlah yang banyak.
Penjualan tiket korporat menonton teater ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar sekolah, IPT, NGO dan rumah kebajikan tempatan menonton pementasan.

“Sejujurnya, dana diterima dari Geran Sokongan Sektor Kebudayaan (GSSK) pada tahun ini terlalu sedikit, yakni tak sampai RM100,000 berbanding tahun lalu untuk menampung kos penganjuran teater di tiga lokasi.

“Pun begitu, kami tetap bekerja keras dalam sumber yang sangat minimum demi memastikan pementasan kali ini mencapai matlamat,” katanya memerlukan tambahan RM250,000.

ARTIKEL BERKAITAN: Lagi Sekali Jadi ‘Dang Anum’, Ain Sufia Sentiasa Amalkan Doa Sebelum Jiwai Watak - “Itu Yang Buatkan Saya Sangat Takut…”

Persatuan Seni dan Budaya Redholah (The Redholah) bakal mementaskan Teater Dang Anum (The Untold Story) pada hujung minggu ini bermula 27 sehingga 29 September 2024 bertempat di Auditorium Tun Azizan Zainul Abidin (Cempaka Sari), Putrajaya.
Antara pelakon adalah Adam Shahz, Ain Sufia, Along Eyzendy, AG Hafiz, Karl Dannish, Aman Salleh, Md. Husin dan Affan Mohd.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Lakon Aksi Silat Dalam Teater ‘Dang Anum (The Untold Story)', Adam Shahz Terima Banyak Tawaran Lain - “Ada Yang Saya Terpaksa Tolak Sebab…”

gempak
26/09/2024
06:25 MYT
Diberi peluang bersilat dalam teater Dang Anum (The Untold Story, pelakon Adam Shahz mendedahkan dia mula diintai penerbit dan pengarah bergenre aksi dan persilatan.
Hiburan

Lagi Sekali Jadi ‘Dang Anum’, Ain Sufia Sentiasa Amalkan Doa Sebelum Jiwai Watak - “Itu Yang Buatkan Saya Sangat Takut…”

gempak
26/08/2024
12:55 MYT
Sekali lagi diberi tanggungjawab membawa watak sebagai Dang Anum dalam teater ‘Dang Anum (The Untold Story), pelakon Ain Sufia berkata dia mengambil langkah berjaga-jaga dalam menjiwai karakter tersebut.
Hiburan

Lee Zii Jia Hadiahkan Raket Kepada Hairul Azreen - "Ini... Framelah!"

gempak
13/08/2024
02:46 MYT
Jaguh badminton negara Lee Zii Jia tampil lagi dalam hantaran di media sosial milik pelakon Hairul Azreen.
Hiburan

Netizen Terhibur Tengok Anak Perempuan Hairul Azreen Menangis Nak Jumpa Lee Zii Jia - "Dia Nak Jumpa Lee Zii Jia, Anak Aku Sibuk Nak Jumpa Upin Ipin"

gempak
27/06/2024
06:25 MYT
Pelakon Hairul Azreen baru-baru ini memuat naik hantaran mencuit hati memaparkan anak perempuannya, Alisa menangis meminta untuk bertemu bersama bintang badminton negara, Lee Zii Jia.
Hiburan

"Saya Puji Orang Yang Terus Tahu Dia Nak Ada Anak Atau Tidak” - Hanis Zalikha Kongsi Pandangan Tentang Childfree

gempak
17/06/2024
08:55 MYT
Pelakon dan personaliti media sosial, Hanis Zalikha berkongsi pandangannya mengenai anak-anak selepas menerima satu soalan di Instagram miliknya.
BorakSeeni