,
Laman Utama

Dapat Lagu Sentuhan Malique, Siqma Muncul Bersama FML Dengan Dipinggirkan

Mya Amri
17/03/2021
14:58 MYT
Penyanyi rap yang diberi jolokan The Neew Malique iaitu Siqma kini muncul dengan lagu baharu berjudul Dipinggirkan.
Menariknya single keempatnya itu telah mendapat sentuhan Malique sendiri. Turut ditampilkan dalam lagu tersebut adalah penyanyi duo, Fahimi Rahmat dan Mal Hamka atau lebih dikenali sebagai FML.
Mengulas mengenai perkara itu, Siqma menyifatkan peluang mendendangkan karya ciptaan idolanya adalah satu pengalaman manis dan berharga buat dirinya.
“Alhamdulillah syukur, saya sendiri pun rasa bertuah dapat bekerjasama dengan idola sendiri. Banyak benda yang dapat saya belajar daripada Malique.
“Untuk FML pula saya sangat yakin dengan mereka. Saya dapat rasakan mereka adalah pilihan yang tepat.
“Ketika proses pembikinan lagu kami ada aura yang sama dan saya amat selesa bekerja denan mereka,” ujarnya ketika ditemui Gempak.
Dipinggirkan merupakan ciptaan Malique dan Fahimi Rahmat. Manakala lirik pula ditulis bersama Malique, Kmy Kmo dan Siqma.
Malique juga bertindak sebagai penerbit rakaman bagi lagu berkenaan.
Single terbitan Universal Music Malaysia ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox, YouTube Muzik, Channel YouTube dan juga Apple Music.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

"Oh Inca Medina, Orang Secantik Nama" - Lirik Lagu Senyum (Malique feat Najwa)

gempak
19/08/2023
09:41 MYT
Malique menampilkan seorang gadis yang menggesek biola dengan nama Inca Medina.
Laman Utama

Inilah Inca Medina, Anak Gadis Malique Yang Muncul Dalam Muzik Video Sedih Hati!

gempak
19/08/2023
06:30 MYT
Wajah anak Malique ditampilkan dalam muzik video Sedih Hati.
Peraduan

Gempak Giveaways: This is JOHAN (Joe Flizzow)

gempak
05/07/2023
14:39 MYT
Agak-agak apa hadiah yang korang akan dapat ni?
Laman Utama

[VIDEO]Netizen Dakwa Single Baharu Malique Ada Sedutan Lagu Mona Fandey?- "Vibes Meremang..."

gempak
04/07/2023
00:59 MYT
Uish memang meremang dengar suara Mona Fandey ke tu
Laman Utama

#PE3: Padu Boh! Lagu Ayuh Tersenarai Pada Kedudukan Top 5 Dalam Carta Trending Song Of The Week Di TikTok!

gempak
12/06/2023
07:50 MYT
Mantap boh!