,
Laman Utama

Dapat Komen Suruh Jadi Jantan Sejati, Azfar Heri; "Sejati Macam Mana? Nak Suruh Lawan Futsal Kot..."

Amri Hassan
28/05/2022
03:50 MYT
Pempengaruh dan juri All Together Now Malaysia, Azfar Heri mengakui penat apabila kerap menerima komen berbaur sindiran terhadap personalitinya.
Antara komen yang ditulis pengguna media sosial termasuklah mengharapkan Azfar agar menjadi 'lelaki sejati'.
"Moga-moga jadi jantan sejati," tulis pengguna terbabit yang dikongsikan semula oleh Azfar di laman Twitternya baru-baru ini.
Tidak cepat melatah, Azfar menganggap ia sebagai lelucon malah bersimpati dengan pemikiran sedemikian.
"Kadang-kadang penat dapat comment comment macam ni, ikut kan hari-hari mesti ada.
"Rasa macam nak maki tapi tak worth it pun cuma tu la rasa kesian dengan pemikiran orang macam ni yang masih tak berkembang.
"Tah sejati macam mana tah dia maksudkan? Mungkin dia nak aku lawan futsal kot," ciapnya di Twitter.
Perkongsian Azfar itu mendapat reaksi daripada netizen yang menyifatkan komen terbabit bersifat toksik dan berat sebelah.
Malah, ada yang mengandaikan terma 'lelaki sejati' tidak mencerminkan sikap, perlakuan dan pengorbanan sebagai individual.
"The fact Azfar jadi ketua keluarga despite ketiadaan ayah, jaga mama, jaga Afii, jaga Kelvin walau selalu b*rak atas katil Itulah real definition lelaki sejati. Tak perlu berbadan sado, kaki gym, isap rokok tunjuk macho demi nak tunjuk kau tu lelaki.
"Ala, macam perempuan, ada perempuan lembut, ada perempuan kasar. Kasar-kasar perempuan itu beranak sampai empat ada yang aku kenal. Lembut-lembut lelaki ada anak tiga.
"Orang macam ni cuma dengki dengan kejayaan kita. Bila tanya balik apa yang dimaksudkan dengan 'jantan sejati' tu, jawapan confirm bola, futsal, hisap rokok dan lain-lain.
"Bagi aku, lelaki hisap pod, main bola bukan lelaki sejati. Lelaki sejati pandai cari duit, bantu mak bapa dia dan hormat mak bapa dia. Kemas, pandai masak, cakap dengan perempuan lembut dan pandai bab agama," demikian coret beberapa pengguna di Twitter mempertahankan Azfar.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Viral

“Pernah Kena Marah Dengan Mak Sebab Tertinggal Botol Kat Sekolah” - Netizen Mula Kongsi Kenangan Miliki Tupperware

gempak
19/09/2024
09:25 MYT
Nama bekas plastik dan produk dapur terkenal iaitu Tupperware hangat diperkatakan di media sosial selepas ada dakwaan mengatakan jenama itu bakal memfailkan permohonan muflis minggu ini.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.