,
Viral

Dapat Firasat Mimpi, Influencer Kecewa Dicurangi Youtuber Taiwan - “Berat Badan Saya Turun 3KG”

Gempak
13/06/2024
14:55 MYT
Pempengaruh dan YouTuber dari Malaysia, Soya Plan secara terbuka berkongsi mengenai kisah perpisahan dengan kekasihnya yang juga merupakan seorang YouTuber dari Taiwan, René, dalam sebuah video baru-baru ini.
Menerusi video tersebut Soya atau Shui Xu Xuan menjelaskan yang setelah dia kembali dari percutian ke Australia, Soya melihat ada yang tidak kena dengan tingkah laku René terhadapnya.

Dicurangi

“Seminggu selepas saya pulang dari Australia pada 17 Mac, sepanjang minggu itu, sikapnya terhadap saya sangat pelik. Saya tidak dapat menentukan dengan tepat apa yang berlaku. Saya hanya merasakan suasana pelik berlaku,” katanya.
Soya menjelaskan, dia juga bermimpi tentang René meninggalkan dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dr Say Risau Bila Ada Yang Tak Mahu Belajar - “Janganlah Sebab Beberapa Influencer Tayang Hidup Mewah Buatkan Adik-Adik Nak Jadi…

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Tempatkan Lelaki, Perempuan Satu Rumah, Isa Isarb Batalkan Program, Reda Rugi RM500,000 - “Salah Tetap Salah”

ARTIKEL BERKAITAN: Tempatkan Lelaki & Perempuan Dalam Satu Rumah, Kandungan YouTuber Ini Diselar Netizen

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Rebut’ Takhta Popular, YouTuber Maut Ditikam Pesaing Sewaktu Bersiaran Langsung

ARTIKEL BERKAITAN: Rakam Aksi Sentuh Hajar Aswad & Kaabah, Netizen Sifatkan Atta Halilintar Buat Content Bukan Umrah

Mimpi tersebut mendorongnya untuk memeriksa telefon Rene, satu hal yang tidak akan dilakukan kerana Soya mempercayai dan menghormati bekas kekasihnya.
Soya mendedahkan, dia menemui mesej dan gambar lelaki tersebut dengan wanita lain dalam telefon berkenaan. Selepas melakukan konfrontasi, dia secara tenang keluar daripada rumah. Menerusi video sama, dia mengakui yang sepanjang berhubungan, dia yang sentiasa memberi cinta, manakala René lazimnya menerimanya tanpa membalas.
“Ketika itu, saya sangat terjerat dalam hubungan yang tidak sihat ini, namun saya tidak sedar. Baru sekarang, apabila melihat kembali, saya menyedari diri saya yang dulu sudah hancur,” katanya lagi.
Soya menjelaskan, berat badannya turun selepas berpisah dengan Rene.
“Berat badan saya turun 3 kilogram minggu itu, tidak ada nafsu makan sama sekali. Saya boleh rasa jantung berdebar kencan, sakit sekali. Minggu itu sungguh menyakitkan.
“Bagi yang pernah ditipu, pasti tahu apa yang saya kongsikan. Ini seperti perpisahan di tepi tebing, sangat menyakitkan,” katanya.
Dalam masa sama, Soya turut berkongsi yang rumahnya juga terasa kosong setelah perpisahan tersebut berlaku.
“Saya ingat pada hari dia pergi, rumah kami terasa begitu kosong… hanya saya berada di rumah. Saya bangun dan tidur sambil menangis setiap hari, dan rumah terasa sangat kosong,” kongsinya.
Difahamkan, berita tentang hubungan Soya dan René yang putus pada April lalu memberi ‘tamparan’ hebat dalam kalangan pengikut mereka.
Apatah lagi kedua-duanya baru sahaja mengumumkan tentang hubungan cinta yang telah dibina selama empat tahun, beberapa hari sebelum berita curang Rene viral.
Fans pada awalnya percaya perpisahan antara René dan Soya terjadi secara damai sehinggalah sebuah postingan di platform sosial Dcard pada 27 Mei menuduh René berselingkuh dengan wanita lain.
Pada 3 Jun, René mengulas mengenai khabar angin berkenaan dalam sebuah hantaran video dan mengakui berselingkuh dengan wanita berambut pendek. Hal tersebut yang menyebabkan dia dan Soya berpisah pada bulan April.
Menyingkap mengenai wanita yang menjadi punca kepada perpisah Soya dan Rene, difahamkan individu berkenaan merupakan influencer internet asal Taiwan bernama Shih Ching.
Dia berkongsi sisinya di Instagram, meminta maaf, tetapi menghadapi reaksi keras atas apa yang tampaknya tidak dia sesali.
Rene dikritik meski sudah mengeluarkan permintaan maaf.
Sumber: Harapandaily, Yahoo

Korang dah tengok The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gara-Gara Mahu Naikkan 'Viewers', Youtuber Ditahan Selepas Muat Naik Video Masak & Makan Kari Burung Merak

gempak
14/08/2024
04:55 MYT
Seorang pempengaruh media sosial India ditahan selepas videonya memasak dan makan burung kebangsaan yang dilindungi negara itu, burung merak mencetuskan kemarahan awam.
Viral

Bintang YouTube Motosikal Wanita Tercantik Maut Kemalangan

gempak
28/07/2024
15:52 MYT
Seorang YouTuber wanita yang digelar penunggang motosikal paling cantik di internet maut dalam sebuah kemalangan jalan raya di Turkiye.
Viral

Tak Makan Pedas & Pernah Pakai Sut Pelindung Diri Dalam Pengangkutan Awam, Ini 10 Fakta Menarik Mengenai Soya Plan

gempak
14/06/2024
08:55 MYT
Siapakah Soya? Jom semak 10 fakta yang anda perlu tahu mengenai pempengaruh ini.
Viral

‘Rebut’ Takhta Popular, YouTuber Maut Ditikam Pesaing Sewaktu Bersiaran Langsung

gempak
11/05/2024
13:50 MYT
Manusia hari ini semakin hilang akal. Hanya kerana sentiasa bersaing sebagai YouTuber yang sentiasa memyajikan konten paling hebat dan ‘laju’
Viral

Gaduh Pasal Kentut, YouTuber Kutuk Pemandu Teksi Berdepan 5 Tahun Penjara

gempak
15/02/2024
13:32 MYT
Seorang pelakon yang kini menjadi YouTuber menimbulkan kontroversi selepas menuduh pemandu teksi kentut sewaktu memandu.