,
Laman Utama

Dana RM1.5 Juta Untuk Akademi Raja Azrey! - "Peserta Dapat Teori & Praktikal Lakonan"

Amri Hassan
02/10/2022
09:45 MYT
Akademi Raja Azrey milik pelakon dan pengarah Raja Azrey Raja Kamaruzzaman mendapat suntikan dana sebanyak RM1.5 juta daripada Mayrose Empire Sdn. Bhd. yang juga anak syarikat Kumpulan Astana’hu Sdn. Bhd..
Raja Azrey berkata, akademi miliknya adalah sebuah program dikendalikan oleh Syarikat Pondok Karya Kreatif yang telah ditubuhkan pada September 2019 di mana setiap program drama dibuat secara bersiri.
Menurutnya, dalam akademi itu juga diwujudkan kelas lakonan sebagai pendedahan persiapan tentang bagaimana mereka ingin menjadikan lakonan sebagai karier mereka.
“Setiap peserta yang berdaftar wajib mengikuti dua sesi kelas iaitu teori dan praktikal. Sesi pertama iaitu sesi didalam kelas menekankan teknik lakonan yang betul, intonasi dialog, mengenal shot, bacaan skrip dan keperluan yang perlu diadakan sebelum seseorang itu masuk ke set penggambaran.
“Sesi kedua pulak adalah sesi praktikal yang mana skrip dan watak yang telah diberikan harus diterjemahkan di set penggambaran,” katanya pada majlis pelancaran Akademi Raja Azrey dan majlis menandatangani suntikan dana baru-baru ini.

Pentaskan teater 7 Wahyu

Menerusi dana itu, satu usahasama pementasan teater 7 Wahyu akan diterbitkan Pertubuhan Rangkaian Pembangunan Pendidikan Dan Sosial Malaysia dengan Geliga Opera Merah.
Syarikat itu telah diamanahkan bagi pengurusan dana di bawah kolaborasi kepada keseluruhan projek pementasan itu secara rasminya.
Projek itu akan menampilkan keterlibatan sebahagiannya dari peserta-perserta Akademi Raja Azrey serta karya ideologi dakwah dari Rumah Adat Waris Keturunan Baginda Rasullullah SAW yang dipimpin oleh Datuk Seri Shariff Nur Muhammad Al-Aydrus pada November ini.
Mengulas lanjut, Raja Azrey memberitahu semua pelajar dapat dapat merasai pengalaman yang jarang-jarang sekali mereka peroleh.
Jelasnya, ini kerana penggambaran yang dijalankan sama seperti produksi professional di luar sana.
“Akademi Raja Azrey ini telah bertapak di Kuala Lumpur dan Kedah. Sepanjang tahun ini juga sebanyak 10 buah drama telah berjaya dihasilkan iaitu enam di Baling, Kedah dan tiga di Gurun, Kedah dan satu drama di Cheras.
“Kesemua drama ini hanya di tayangkan di platform Youtube rajaazreytvchannel sebagai profil para peserta yang terlibat,” katanya.

Raja Azrey kurang tawaran berlakon

Mengenai perkembangan seninya, Raja Azrey mengakui kurang menerima tawaran berlakon namun dia telah mempelbagaikan karier seperti menulis skrip dan mengedit video.
“Hidup harus diteruskan macam biasa. Saya sekarang agak kurang berlakon tetapi masih aktif dengan tugasan belakang tabir selain mengendalikan akademi melatih pelakon pelapis sejak lebih setahun lalu,” katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Hiburan

Aiman Ameer Kalis Wajah Disamakan Dengan Artis Lain, Cerita Kisah Lucu Ditahan Di Road Block - "Saya Perasan Bila Ada Yang Kata ..."

gempak
18/09/2024
03:25 MYT
Pelakon meningkat naik, Aiman Ameer tampil memberi respons apabila ramai menyatakan wajahnya seiras dengan beberapa selebriti lain.
Hiburan

Luqman Hafidz Bawa Watak ‘Penunggang Agama’, Produksi Drama Sudah Ambil Langkah Berjaga-Jaga - “Kami Tidak Pergi Terlalu Jauh Seperti…”

gempak
17/09/2024
03:56 MYT
Membawa watak sebagai ‘penunggang agama’, pelakon Luqman Hafidz memberitahu pengarah dan penerbit drama Satu Hari Nanti sudah mengambil langkah berjaga-jaga dalam membawa isu agama.
Hiburan

Beto Kusyairi Titip Nasihat Buat Pelakon Baharu Yang Idamkan Trofi Oscar - "Kita Kena Sedar Diri Kita .

gempak
17/09/2024
01:55 MYT
“Kita kena sedar diri kita,” itulah reaksi pelakon Beto Kusyairi apabila ditanyakan sama ada dirinya pernah memburu untuk memperolehi trofi Oscar.