,
Laman Utama

“Dalam Hati Kata…”- Siti Nurhaliza Bongkar Gimik 5 Saat Tukar Baju Atas Pentas

Syafiqah Jalal
30/05/2022
05:02 MYT
Penyanyi terohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mendedahkan gimik menukar baju atas pentas ketika membuat persembahan ketika Anugerah MeleTOP Era 2021 (AME 2021) malam tadi dilakukan sendiri.
Baju yang direka khas oleh Rizman Ruzaini itu ditukar hanya dalam masa 5 saat ketika lampu di atas pentas dipadamkan.
“Kurang 5 saat saya kena lakukan sendiri perubahan ‘costume’ saya.. haaa .. dalam hati kata okay Siti, Siti boleh lakukan!!
“Saya bekerjasama dengan designer @rizmanruzaini , lighting man, soundman dan orkestra.. Saya nak macam mana , mereka ikut saja..
“Alhamdullillah.. Terima Kasih @astromalaysia . Pasukan koir juga yang bekerja keras #thekelkatu ( betul ye nama tu) , Team saya SNP yang selalu bersedia untuk apa saja arahan dan pertukaran serta @epie_temerloh yang mencantikkan saya malam ni.. Terima kasih Semua!,” dedahnya.
Siti berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya usai melakukan persembahan itu malam tadi. Dalam entri berkenaan beliau memuat naik gimik yang dilakukan itu.
Bercerita lanjut mengenai persembahan itu, Siti dalam satu kemas kini terbaharunya memberitahu idea gimik persembahan serta baju itu sudah pun siap beberapa bulan lalu sebelum AME 2021 ditangguhkan.
“Anugerah Meletop Era pada awalnya dijadualkan beberapa bulan lalu, apabila ditangguhkan, saya masih menyimpan baju rekaan @rizmanruzaini kerana baju ini dibuat mengikut gimik yang saya mahu persembahkan.
“Apabila Anugerah Meletop Era mendapat tarikh baru, saya masih mengekalkan konsep persembahan dan baju yang akan digayakan.
“Saya mahu lagu berdurasi hampir 5 minit itu ada impak tersendiri dalam 5 saat dipersembahkan.
“Nasib baik masih muat lagi walaupun hari-hari ke rumah terbuka raya, makan macam-macam,” tulisnya lagi.
Sekadar info AME 2021 bersiaran secara langsung pada jam 9 malam tadi menerusi saluran Astro Ria serta penonton juga boleh strim di Astro GO.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Gimik Bagi Cincin, Adira Nafi Dakwaan Mempermainkan Isu Rumah Tangga - “Cukuplah Hanya Saya & Abang Red Sahaja Tahu”

gempak
19/09/2024
23:55 MYT
Penyanyi, Adira Suhaimi menafikan dakwaan mempermainkan isu rumah tangga bersama bekas suaminya iaitu usahawan yang kini dipanggil Abang Red.
Hiburan

7 Tahun Bela Rambut, Mawi Reda Botakkan Kepala Live Demi Konsert Tsumawi! - "Masa Tengok Anak Sedih, Saya Pun ..."

gempak
17/09/2024
09:30 MYT
Penyanyi, Mawi sanggup membotakkan kepalanya secara langsung ketika majlis sidang media Konsert Tsumawi 20th Mawi World Live in KL di Hotel Tenera, Bangi pada Selasa.
Hiburan

Beto Kusyairi Titip Nasihat Buat Pelakon Baharu Yang Idamkan Trofi Oscar - "Kita Kena Sedar Diri Kita .

gempak
17/09/2024
01:55 MYT
“Kita kena sedar diri kita,” itulah reaksi pelakon Beto Kusyairi apabila ditanyakan sama ada dirinya pernah memburu untuk memperolehi trofi Oscar.
Hollywood

Drama Epik Sejarah Jepun Shogun Julang 18 Trofi Anugerah Emmy Ke-76!

gempak
16/09/2024
09:26 MYT
Drama epik sejarah Jepun, Shogun melakar rekod baharu apabila menang 18 trofi di acara berprestij Anugerah Emmy ke-76 yang berlangsung di Peacock Theater, Los Angeles, Amerika Syarikat.
Viral

Uncle Mike Terima Anugerah Maulidur Rasul - "Sukar Untuk Saya Gambarkan Perasaan Ini"

gempak
16/09/2024
09:14 MYT
Tidak penah terlintas untuk menjadi bapa kepada tiga anak lelaki berlainan bangsa dan agama, namun takdir telah mengubah hidup Michael Tong Wai Siong, 55.