,
Laman Utama

“Dakwaan Ibu & Bapa ‘Menculik’ Saya, Tidak Tepat!"– Nynaa Harizal Harap Suami Dapat Lepaskannya Dengan Cara Baik

Fiza Kamarudin
18/11/2021
03:57 MYT
Pelakon, Nynaa Harizal akhirnya tampil bersuara selepas kontroversi dakwaan diculik oleh bapa sendiri baru-baru ini.
Nynaa berkata dakwaan tersebut tidak tepat kerana tiada paksaan atau istilah menculik oleh kedua ibu dan bapanya.
Kata Nynaa dia berada dalam jagaan kedua ibu bapa dan ahli keluarganya di rumah mereka di Johor Bahru sejak 2 November lalu.
Tambah Nynaa lagi dia mengambil keputusan untuk berdiam selama ini kerana tidak mahu memburukkan keadaan dan menjaga hati semua pihak.
“Sejak 2 November lalu pelbagai berita yang telah disiarkan dan tular berkaitan diri dan rumah tangga saya. Saya telah meneliti dan memerhati setiap kenyataan yang dibuat oleh beberapa pihak.
Selama ini, saya memilih untu tidak memberikan apa-apa reaksi demi menjaga hati dan perasaan semua pihak yang terlibat dan tidak mahu tergesa-gesa membuat kenyataan yang akhirnya memburukkan lagi keadaan,” katanya.
Dalam pada itu Nynaa berkata dia mengambil keputusan untuk memfailkan Permohonan Penceraian Dengan Talaq atau Dengan Perintah pada 10 November lalu, selepas memgambil kira beberapa faktor.
“Selepas berfikir dengan penuh mendalam akan segala fakta dan faktor yang melatari keadaan ini, saya melalui Peguam Syarie Datuk Iqbal Salam dari Tetuan Iqbal Salam & Associates memohon Penceraian Cara Baik di Mahkamah Syariah Johor Bahru.
“Satu salinan saman telah diserahkan kepada suami pada 11 November 2021, jam 3.16 petang. Dan hari ini sebutan kes telah berlangsung, namun suami tidak hadir hanya diwakili peguam sahaja,” katanya.
Kata Nynaa lagi dia berharap dan berdoa agar suami akan dapat melepaskan dirinya dari ikatan perkahwinan mereka dengan cara baik tanpa perlu meneruskan proses perundangan lain.
Nynaa bagaimanapun enggan mengulas lanjut punca dan penyebab yang membawa kepada keputusannya itu kerana bersifat terlalu peribadi.
[[BACA: Suami Dakwa Keluarga Mentua Culik Nynaa Harizal Di Set Penggambaran]]
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Viral

40 Hari Berkahwin, Wanita Minta Cerai Sebab Suami Mandi Sekali Sebulan

gempak
19/09/2024
00:55 MYT
Seorang isteri memfailkan perceraian selepas 40 hari berkahwin kerana suaminya jarang mandi dalam kejadian di bandar Agra, India.
Hiburan

“Fattah Okay Sahaja Di Set Penggambaran, Dia Sangat Professional” - Liyana Jasmay

gempak
14/09/2024
23:55 MYT
Pelakon dan penyanyi Liyana Jasmay enggan mengulas dan memberi sebarang komen berkenaan rumah tangga aktor, Fattah Amin. meskipun sedang menjalani penggambaran untuk sebuah naskhah bersama.
Hiburan

Fattah Amin Dedah Tiada Orang Ketiga, Akui Masih Sayangkan Fazura

gempak
14/09/2024
04:26 MYT
Pelakon Fattah Amin menegaskan bahawa tiada wanita lain dalam hidupnya yang menyebabkan kepada keruntuhan rumah tangganya bersama aktres, Fazura.
Hiburan

“Saya Sudah Ada Isteri, Kenapa Nak Layan Orang Ketiga?” - Video Fattah Amin Ulas Tentang ‘Penyondol’ Kembali Tular

gempak
14/09/2024
03:12 MYT
Satu video temu bual berkaitan pelakon, Fattah Amin mengulas tentang isu orang ketiga dalam perhubungan kembali tular dalam media sosial.