,
Laman Utama

Dakwa Kerendut Zakar Mengecil Kerana Vaksin, Nicki Minaj Kena Sound Dengan Menteri Kesihatan

Maliah Surip
17/09/2021
15:20 MYT
Nama penyanyi sensasi Nicki Minaj terus menjadi hangat selepas ciapannya mengenai pengambilan vaksin COVID 19 telah membuat kerandut zakar mengecil dan sukar mencapai tahap orgasme seorang teman kepada sepupunya menurun.
"Kerandut zakarnya mengecil. Kawannya merancang berkahwin beberapa minggu lagi, tetapi sekarang si wanita membatalkan perkahwinan mereka," ciap Minaj kepada lebih 22.6 juta pengikut di Twitternya yang mencetuskan kontroversi.
Dia mendakwa, kejadian itu terjadi di tempat kelahiran sepupunya di Trinidad and Tobago tanpa menampilkan sebarang bukti bergambar sebagai sokongan.
Selain dikritik netizen dan digelar antivaksin mengenai kenyataan tak masuk akal yang dikeluarkannya itu, Minaj turut menerima teguran daripada Menteri Kesihatan Trinidad and Tobago, Terrence Deyalsingh.
Menerusi laporan CNN, Deyalsingh menyifatkan dakwaan mengenai kerandut zakar mengecil dan sukar mencapai orgasme itu sebagai maklumat palsu.
Deyalsingh dilaporkan berkata tidak dapat memberi respons segera kepada Minaj yang mengeluarkan tuduhan tak berasas tersebut pada Isnin lalu kerana ingin memastikan maklumat yang akan dikongsikan kepada seluruh dunia adalah benar.
"Salah satu sebab kami lambat memberi kenyataan balas adalah perlu memastikan apa yang dikatanya itu benar atau tidak. Sayangnya, kami hanya membuang banyak masa untuk memperbetulkan tuduhan ini," ujar Deyalsingh.
Seorang doktor dari Amerika Syarikat, Dr. Anthony Fauci pula mendakwa Minaj telah memberi banyak maklumat tidak tepat di akaun media sosialnya.
"Tidak ada bukti yang menyatakan ia telah berlaku (kerandut zakar mengecil dan nafsu seks tidak tercapai) dan tidak ada sebab itu membayangkan perkara seumpama itu akan berlaku," katanya.
Fauci bagaimanapun mengatakan dia tidak menyalahkan sikap Minaj yang ingin berkongsi sesuatu bersama pengikutnya.
"Saya tidak salahkan dia, tetapi sebelum melakukan sesuatu dan ingin berkongsi, tolong berfikir dua kali sama ada maklumat yang diberikan itu adalah benar atau hanya anekdot sekaligus bukan terbukti dari segi saintifik," katanya.
Sementara itu, memandang serius perkara yang dibangkitkan penyanyi berusia 38 tahun ini, pihak White House dikatakan telah menghubungi Minaj dan bersedia memberi pencerahan mengenai pengambilan vaksin dalam kalangan rakyat Amerika.
Hal itu juga disampaikan oleh Minaj melalui ciapan yang berbunyi: "White House hubungi saya. Saya akan pergi."
Sebelumnya, Minaj mengaku menolak pelawaan hadir ke Met Gala 2021 kerana diwajibkan vaksin. Dia mengatakan belum mengambil suntikan vaksin COVID 19 kerana sedang melakukan kajian mengenai tindakan tersebut.
Kredit Foto: Getty Images
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Hakim Tolak, Diddy Combs Minta Dipenjara Di Rumah Di Pulau Persendirian

gempak
23/11/2024
15:00 MYT
Pasukan guaman Sean Diddy Combs melakukan banyak perkara demi menyelamatkan rapper yang berdepan dengan ratusan kesalahan melakukan pemerdagangan seks terhadap kanak-kanak dan orang dewasa.
Hollywood

Tak Pernah Beli Rumah, Will.i.am Hanya Tidur Di Hotel

gempak
20/11/2024
15:50 MYT
Pemuzik Will.i.am mengaku meski sudah berusia 49 tahun dan memiliki kekayaan, dia masih tidak mempunyai rumah.
Hollywood

Mengaku Diri Bersih, Kekasih Selena Gomez Tidak Mandi Setiap Hari

gempak
20/11/2024
13:50 MYT
Benny Blanco baru dinobatkan sebagai salah seorang Lelaki Terseksi 2024 oleh majalah People.
Hiburan

Michelle Yeoh Sedih Tiada Anak, Sedar Tidak Boleh Hamil Sejak 1988

gempak
19/11/2024
14:50 MYT
Kehidupan Tan Sri Michelle Yeoh yang menjadi pesohor Hollywood mungkin dilihat penuh glamor.
Hiburan

Drake Rugi Jutaan Ringgit Mike Tyson Kalah Bertarung Dengan YouTuber

gempak
17/11/2024
14:55 MYT
Kisah kekalahan legenda tinju dunia, Mike Tyson di tangan pempengaruh YouTuber yang bertukar menjadi peninju profesional, Jake Paul yang berlangsung di Stadium AT&T, Arlington, Texas, Amerika Syarikat masih menjadi buah mulut.
Unitar