VIRAL
Dakwa Jofliam ‘Spin’ Cerita, Cik Epal Hanya ‘Defend’ Diri Bila Dewi Mula Serang - “Video Bini Kau Start Cakar, Lukakan Mata Aku Kenapa Tak Post?”
Seperti tiada kesudahan, pempengaruh Cik Epal pula bertindak memuat naik satu lagi video dengan mendakwa bekas suaminya iaitu Jofliam sengaja memutar belit cerita.
Rakam dari awal
Menerusi perkongsian di Instagram, Cik Epal berkata dia tidak dibenarkan untuk merakam namun bekas suaminya itu melakukan sebaliknya dengan mula merakam sejak awal dirinya memasuki rumah tersebut.
“Tak kasi aku record masa dalam rumah ambil barang, tapi dari awal aku masuk rumah tu depa beriya rekod. Kau mintak list, aku dah bagi semua list barang yang aku nak.
“Kau tak nak packing lepas itu suruh aku cari sendiri. Bila aku nak cari barang aku, tak kasi pula,” katanya.
Diserang terlebih dahulu
Meminta untuk menunjukkan bukti video sepenuhnya, Cik Epal turut menegaskan tujuan dia datang ke rumah itu hanya mahu menuntut barang-barang miliknya sahaja.
Tambah Cik Epal lagi, Jofliam sepatutnya menjadi individu yang meleraikan pergelutan yang berlaku antara dia dan Dewi yang didakwa menyerang dirinya terlebih dahulu.
“Nak tunjuk bukti, tunjuk video full bukan sekerat-sekerat. Itu bukan bukti. Itu berat sebelah. Aku datang untuk ambil barang aku saja, bukan nak hadap muka kau.
“Kalau kau lelaki, patut kau leraikan bini kau. Bukan merekod apa situasi yang berlaku masa tengah bergelut. Bini kau pula yang start dulu.
“Bini kau serang dan berkasar dengan aku dulu. Aku defend diri aku saja. Kuku aku pula sentiasa pendek. Video bini kau start cakar muka aku, luka kan mata aku dan tarik tudung aku kenapa tak post?” tegasnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Jofliam Kongsi Video Cik Epal 'Bergelut' Dengan Dewi - “Tiba-Tiba Menggila, Buat Anak-Anak Takut Menjerit”
ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Amuk Lihat Perangai Biadap Dewi! Persoal Kenapa Sukarkan Proses Ambil Barang Cik Epal - “Kau Ni Kenapa? Apa Yang Jahat Sangat Ni!”
ARTIKEL BERKAITAN: “B*tina Hamak Ni Cakar Mata Aku” – Cik Epal Kongsi Video Suasana Ketika Mahu Ambil Barang di Rumah Jofliam
Sebelum ini, Jofliam memuat naik sebuah video baru di media sosial, memperlihatkan suasana tegang di rumahnya yang melibatkan Cik Epal dan isteri baharunya, Dewi.
Dalam video tersebut, Jofliam mendakwa Cik Epal bertindak agresif ketika hadir untuk mengambil barang-barangnya.
Menerusi kapsyen yang ditulis pada video itu, Jofliam turut mendakwa bekas isterinya itu telah melanggar privasinya dengan bertindak berlari ke aras satu rumahnya.
Manakala Dewi juga sudah membuat laporan polis terhadap Cik Epal yang didakwa telah mencakar wajahnya.
Must-Watch Video