,
Hiburan

Dakwa Difitnah Khayalkan Aliff, Sarah Yasmine Tak Takut Nak Saman Ruhainies RM5 Juta?

Amri Hassan
26/04/2024
05:46 MYT
Sarah Yasmine tidak takut untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pelakon Ruhainies atas dakwaan fitnah menuduhnya meletakkan bahan terlarang dalam minuman Aliff Aziz.
Kata Sarah, kesemua bukti pengakuan dan rakaman yang didedahkannya sebelum ini diperoleh tanpa paksaan atau meletakkan Aliff tanpa sedar.
"Dalam rakaman perbualan Ruhainies itu ada sebut Sarah letak barang dalam air atau apa pada Aliff sebab itu boleh dapat ‘conversation’ itu.
"Tapi minta maaf Ruhainies, saya dapat perbualan itu sebab ‘minah’ ini yang ada dengan dia hati-hati. Jadi itu dah ibarat satu fitnah kalau cakap saya macam begitu.
"Saya pun tak tahu kenapa dia cakap macam itu sebab dia tahu saya bersama dengan Aliff. Kami dah berbual dan dia sendiri bagitahu nak berundur.
"Kenapa nak fitnah saya letak ‘barang’ dalam air Aliff. Tak perlulah fitnah. Macam saya cakap, perkara yang awak katakan itu fitnah. Bolehkah kalau saya saman awak RM5 juta?" katanya menerusi temubual bersama sebuah portal hiburan pada Khamis.

BERITA TRENDING: Sarah Yasmine Tolak Untuk Bertemu Ruhainies, Sempat ‘Tegur’ Bahasa Inggeris Teruk - “Saya Bagi Peluang Awak Cakap Jujur Tapi…”

PILIHAN PEMBACA: Sarah Yasmine Minta Break Up, Aliff Aziz Menangis Teresak-Esak

Sarah yang juga berasal dari Singapura itu turut mengakui menerima banyak mesej berhubung siri pendedahan mesej perbualan antara kekasihnya dengan pelakon wanita terbabit dalam Instagram sejak Isnin lalu.
Antara pertanyaan diluahkan netizen serta orang terdekat adalah berkenaan risiko disaman kerana berkongsi mesej peribadi orang lain.
"Saya sebenarnya tak takut (disaman) sebab pemilik sendiri (Aliff) bagi telefon itu kepada saya cakap saya boleh guna atau ambil bahan dalam tu.
"Saya ada rekod percakapan pasal perkara itu (kebenaran), tapi sepatutnya itu hanya untuk saya dengarkan kepada adik Aliff, Aisyah," katanya.

BERITA TRENDING: Ruhainies Mohon Maaf Kepada Bella Astillah, Luah Hasrat Untuk Bertemu - “Saya Mahu Mengajak Sarah Yasmine Juga…”

PILIHAN PEMBACA: Ruhainies Private Akaun IG, Netizen Komen - “Sebab Dah Kantoi”
BERITA TRENDING: Sarah Yasmine Spill The Tea Lagi, Kongsi Mesej Romantis, Komplot Aliff Aziz & Ruhainies Nak Jatuhkan Bella Astillah?
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Muaz Zabir Sifatkan Pakaian Sedondon Dengan Bella Astillah Sebagai 'Kebetulan' - "Kami Tak Pernah Merancang"

gempak
19/09/2024
07:25 MYT
Pelakon, Muaz Zabir menerangkan bahawa pakaian warna sedondon yang sering digayakannya bersama Bella Astillah hanyalah satu kebetulan.
Hiburan

Risteena Dedah Terima Mesej Lucah, Siap Sanggup Nak ‘Up’ Lagi Bayaran Demi Nafsu! - “Nak Ajak Video Call, Teman ‘Ehem-Ehem’ Tapi…”

gempak
18/09/2024
01:55 MYT
Pelakon Nur Risteena mendedahkan paparan skrin mesej yang diterima daripada individu di Instagram mengajaknya membuat panggilan video lucah.
Hiburan

Mahu Dapat Keberkatan, Ezaidi Aziz Elak Babak Bersentuhan Yang Melampau - “Kalau Kita Buat Benda Tak Berkat, Saya Takut…”

gempak
12/09/2024
10:25 MYT
Pelakon baharu, Ezaidi Aziz memberitahu dia sememangnya meletakkan batasan dengan pelakon wanita gandingan dalam mana-mana drama.
Hiburan

“Semua Selebriti Pakai Baju Kami, Termasuklah Bella Astillah" - FiziWoo

gempak
11/09/2024
21:55 MYT
Jenama rumah fesyen terkenal, FiziWoo memaklumkan aktor kontroversi, Aliff Aziz merupakan pelanggannya sejak beberapa tahun lepas.
Hiburan

Netizen Bengang Jenama Fesyen Terkenal Bekerjasama Dengan Aliff Aziz? – “Done Unfollow! Tak Ada Manusia Lain Lagi Ke?"

gempak
11/09/2024
06:55 MYT
Aktor sensasi Aliff Aziz mencuri tumpuan warganet apabila tampil dalam perkongsian sebuah jenama rumah fesyen terkenal tanah air, FiziWoo, baru-baru ini.