,
Laman Utama

Dakwa Cium Bibir Adik Angkat Perkara Normal Tunjuk Rasa Sayang, Lelaki Deactivated Akaun TikTok Selepas Dikecam Wargamaya!

Fiza Kamarudin
16/02/2021
00:23 MYT
Seorang lelaki dipercayai pengasas perniagaan bertindak menyahaktif akaun TikTok selepas aksi jijiknya mempamerkan kemesraan luar batasan terhadap seorang remaja lelaki menjadi tular.
Individu tersebut menerusi beberapa perkongsian di TikTok menjelaskan remaja lelaki tersebut merupakan anak angkat yang dijaga keluarganya sejak kecil.
Bagaimanapun aksi mencium mulut dianggap tidak wajar oleh wargamaya dan menganggap perbuatan tersebut sebagai keterlaluan.
Wargamaya mendakwa, lelaki yang menggunakan nama samaran @papa_idola_semalaya dalam aplikasi TikTok turut berkongsi video mencium bibir seorang kanak-kanak lelaki lain. Tindakan yang dianggap keterlaluan dan di luar normalisasi itu turut mendapat perhatian penceramah bebas, Akhi Fairuz Al-Jengkawi.
Akhi menerusi bebenang di Twitter meluahkan rasa terkejut apabila melihat kanak-kanak dan remaja dicium pada bahagian bibir oleh seorang dewasa.
Menurut Akhi, perlakuan tersebut boleh dianggap sebagai gangguan seksual.
“Ya Tuhan, ni apa benda ni? Mulut, dada, kemaluan, paha, punggung adalah private part.
“Jangan kata orang lain, mak bapak sendiri pun tak boleh sembarangan memegang, menyentuh, mencium bahagian berkenaan.
“Tengok gaya macam dah kena sex grooming budak ni,” ciap Akhi.
Bebenang tersebut mendapat perhatian warga Twitter yang rata-ratanya meluahkan rasa tidak puas hati dan bercadang untuk membuat laporan polis terhadap @papa_idola_semalaya.
Kita nantikan pula tindakan dari pihak yang berwajib. pic.twitter.com/6HkU8OvaQb— Akhi Fairuz Al-Jengkawi (@akhifairuz_) February 15, 2021 Bagaimanapun, akaun @papa_idola_semalaya sudah dinyahaktif oleh pemiliknya selepas video mencium mulut adik angkat (seorang remaja autism) menjadi tular.
Terdahulu sebelum akaun TikTok dinyahaktif, @papa_idola_semalaya menjelaskan bercium adalah cara dia dan keluarga meluahkan rasa kasih sayang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.