,
Laman Utama

Dakwa Cacat Selepas Buat Prosuder Kecantikan, Linda Evangelista Tuntut Saman RM209 Juta

Maliah Surip
27/09/2021
14:12 MYT
Bekas supermodel Linda Evangelista membuat pengakuan yang mengejutkan kepada para pengikut di Instagram dan peminatnya dalam pentas peragaan.
Wanita yang kini berusia 56 tahun mengaku telah hilang pekerjaan sejak sekitar tahun 2016 selepas dia mengalami kemurungan teruk dan takut bertemu orang kerana kegagalan pembedahan plastik yang dilakukan sebelumnya.
Oleh yang demikian, model kelahiran Kanada itu memfailkan saman berjumlah $50 juta atau sekitar RM209 juta kepada Zeltiq Aesthetics yang didakwa gagal menjelaskan implikasi terhadap prosuder yang dijalankan di pusat kecantikan tersebut.
"Kepada semua pengikut dan peminat yang tertanya ke mana menghilang saya selama ini, jawapannya adalah kerana saya telah mengalami 'kecacatan teruk' yang diakibatkan oleh Zeltiq's CoolSculpting selepas melakukan prosuder kecantikan dan ia sama sekali tidak seperti yang dijanjikan," tulis model ini seperti dilaporkan CNN.
Model yang cukup terkenal pada tahun 1990an ini mendakwa dia telah melakukan posuder membuang lemak termasuk pada bahagian peha, dagu dan abdomen sekitar lima tahun lalu iaitu di antara tahun 2015 dan 2016.
Namun selepas melakukan prosuder tersebut, dirinya telah menderita kesan sampingan teruk yang dikenali sebagai paradoxical adipose hyperplasia (PAH). PAH menyebabkan bahagian tubuh yang melakukan prosuder kecantikan mengalami bengkak atau benjolan.
"PAH bukan sahaja menghancurkan saya, tetapi membuat kehidupan saya diselubungi kemurungan yang teruk dan kesedihan melampau.
"Saya juga berada pada tahap terendah dalam kehidupan. Proses ini memyebabkan saya selalu menyembunyikan diri dan mengelak daripada bertemu orang," dakwanya lagi.
Lantaran itu dia telah hilang sumber pendapatan sejak tahun 2016 kerana kecacatan yang dialami.
Evangelista memfailkan saman tersebut pada Selasa di Mahkamah Persekutuan New York dengan alasan Zeltiq Aesthetics telah gagal memberitahu pengguna mengenai kesan sampingan terhadap pembedahan kecantikan yang dilakukan, memberi penjelasan iklan yang tidak tepat dan mengabaikan pengguna.
Zeltiq Aesthetics, unit dari Allergan Aesthetics dan anak syarikat AbbVie bagaimapaun belum memberi sebarang respon.
Kredit Foto: The Sun Instagram: @lindaevangelista
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Caprice Bimbang Dengan Orang Yang Tetap Sokong ‘Abang Bas’? - “Bebas Tak Semestinya Tidak Buat Salah…”

gempak
18/09/2024
00:55 MYT
Penyanyi rap Caprice memberitahu individu yang dibebaskan selepas membayar jaminan bukanlah bermaksud tidak membuat kesalahan.
Hiburan

Berang ‘Orang Luar’ Masuk Campur Isu Rumah Tangga, Abang Tesla Bakal Saman 3 Individu

gempak
05/09/2024
05:55 MYT
Isu rumah tangga pempengaruh sensasi iaitu Abang Tesla dan kedua-dua isterinya masih menjadi bualan hangat netizen di media sosial.
Hiburan

Isu Kes Saman, Bekas Kakak Ipar Ira Kazar Mohon Maaf Secara Terbuka Terhadap Puteri Sarah Depan Hakim

gempak
30/08/2024
02:57 MYT
Pelakon Puteri Sarah bersetuju menyelesaikan kes saman fitnah terhadap bekas kakak ipar kepada Ira Kazar iaitu Wiwi Darvinda Mazwena Mazlan secara baik di Mahkamah Sesyen Sivil, Kuala Lumpur pada Jumaat.
Berita

Pemandu Lamborghini Saman Majlis Bandaraya Selepas Kereta Kena Saman

gempak
29/08/2024
05:55 MYT
Aquilino telah disaman sebanyak $800 (RM3,475)  kerana didakwa telah melakukan pencemaran bunyi.
Hiburan

“Tiada Perjanjian Membabitkan Keuntungan RM3 Juta” - Rakan Niaga Wak Doyok Tangkis Dakwaan Menipu

gempak
26/08/2024
06:30 MYT
Pengarah Operasi WD Food Group Muhammad Hanif Omar menangkis dakwaan ikon media sosial dan usahawan popular iaitu Wak Doyok yang dikatakan  mengalami kerugian sebanyak RM3 juta.