Berita

Dakwa Akan Langsung Perkahwinan Bersama Tengku Hassanal, Polis Cari Faridah

gempak
Gempak
14/12/2024
00:00 MYT
Sponsor Banner
Dakwa Akan Langsung Perkahwinan Bersama Tengku Hassanal, Polis Cari Faridah
Polis sedang mengesan wanita yang mendakwa kononnya akan melangsungkan perkahwinan bersama Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
"Kita siasat perkara ini dan dalam tindakan mengesan suspek," katanya ketika dihubungi hari ini.
Selasa lepas Istana Pahang menafikan satu hantaran tular berkenaan perkahwinan diraja melibatkan Tengku Hassanal dengan seorang wanita, yang kononnya akan berlangsung pada April tahun depan.
Pengelola Bijaya Diraja Utama Sultan Pahang, Mej Jen Datuk Mohamed Zahari Yahya dilaporkan berkata, hantaran yang dimuat naik pengguna platform Instagram dengan nama Faridah Daud (faridah.daud_l) itu menyaksikan wanita berkenaan menerangkan majlis perkahwinannya bersama Tengku Hassanal.
Menurut hantaran pada cerita Instagram berkenaan, wanita itu mendakwa akan melangsungkan perkahwinan pada April tahun depan, dan secara fitnah telah menyebut nama Tengku Mahkota Pahang sebagai pasangannya.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024