,
Hiburan

Da’i Fuad Bidas Dakwaan Baby Shima, Siap Tunjuk Bukti Dah Tegur Da’i Syed - “Saya Tak Menegur Dalam Keadaan Berkiblatkan Mana Kawan, Mana Lawan”

Mya Amri
02/09/2024
02:52 MYT
Pendakwah, Da’i Fuad tampil menjawab teguran penyanyi, Baby Shima yang mendakwa dirinya pilih kasih dalam memberi teguran terhadap agamawan.

Tunjuk bukti dah tegur Da'i Syed

Perkara itu ditujukan susulan kenyataan Fuad berhubung isu rakan pendakwah Da’i Syed yang dihukum penjara dan sebat atas kesalahan merogol.
Bagaimanapun, Fuad menjawab mengenai dakwaan itu menerusi video pendek yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.
Menurut Fuad, dia sebenarnya sudah beberapa kali memberikan teguran kepada Syed untuk menjaga perilaku sebagai seorang pendakwah.
Malah, Fuad juga turut menunjukkan bukti tangkap layar perbualannya bersama Syed sebagai bukti kepada umum.
“Baby Shima mengkritik saya, katanya agamawan ni kalau kawan kawan dia buat salah semuanya mendiamkan diri. Tapi kalau orang lain buat salah mereka serang membuta tuli.
“Saya nak bagi tahu bahawa umpama ni isu dari Syed ni. Isu ini dah lama dan bukan satu isu sahaja, banyak sangat isu.

“Kami tidak mendiamkan diri cuma saya tak bolehlah nak share semua perkara yang saya tegurnya, yang mungkin saya berhubung dengannya supaya memperbaiki keadaan, supaya tidak jadi fitnah kepada agama.

“Namun saya berikanlah dua beban bukti bahawa saya khususnya tidak tidur dan saya tidak menegur dalam keadaan berkiblatkan mana kawan mana lawan. “Tak ada, semuanya ada kesilapan dan mungkin suatu hari nanti saya buat silap sebab manusia tak lari daripada kesilapan.
“Umpamanya yang pertama saya bagi tahu 2018 tukarlah gaya rambut tu sebab macam tak sesuai sebagai pendakwah.
“Yang keduanya 2023 saya tegur janganlah post video tentang tarian sebab waktu itu ada video viral tentang tariannya.
“Alhamdulillah beliau terima dan tak ada lagi video baru tentang tarian dia bersama dengan pasangannya yang diletakkan di media sosial,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Baby Shima Selar Tindakan Pendakwah Bebas Membisu Bila Kes Libatkan ‘Geng’ Sendiri - “Semua Senyap Sunyi Masuk Dalam Gua…”

ARTIKEL BERKAITAN:“Menitik Juga Air Mata Ketika Dengar Hukuman..” - Da'i Fuad Minta Netizen Henti Kecam Isteri & Anak Da'i Syed

ARTIKEL BERKAITAN:Belum Reda Isu Rogol, Wanita Dedah Diganggu Da’i Syed Ketika Isteri Sarat Mengandung, Siap Ajak Ikut Pergi Dubai?

ARTIKEL BERKAITAN:Kes Rogol: "Tindakan Da'i Syed Tidak Dapat Diterima Akal" - Hakim

ARTIKEL BERKAITAN:Kes Rogol: Da'i Syed Dijel 10 Tahun, Tiga Sebatan

Isteri dan anak Da'i Syed tidak harus dipersalahkan

Dalam pada itu, Fuad masih kekal dengan pandangannya bahawa isteri kepada Syed iaitu Hana Ismail tidak seharusnya dipersalahkan dalam isu berkenaan.

“Saya konsisten bahawa kesilapannya itu tidak harus disalahkan isterinya dan anaknya sebab yang salah adalah dia. Yang buat perkara tak betul, yang buat jenayah adalah dia.

“Saya seru juga kepada para mangsa terus mara lagi ke hadapan untuk suarakan hak anda dan kena ada keberanian, jangan bagi orang ambil kesempatan dalam diri anda lagi,” ujarnya.
Terdahulu, tindakan Fuad meluahkan rasa simpati dengan nasib menimpa rakannya iaitu Da'i Syed mendapat perhatian Baby Shima.
Menerusi komen yang ditinggalkan, Baby Shima mempertikaikan tindakan segelintir pendakwah bebas yang hanya ‘diam membisu’ apabila kes melibatkan rakan sendiri.
Pada penulisan yang sama, penyanyi lagu Pura Pura Bujang ini turut berkata pendakwah bebas akan mula membuat konten apabila timbul kontroversi melibatkan dirinya atau selebriti lain.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

“Dekat Set Main TikTok, Sampai Tak Hafal Dialog” - Lana Nodin Rimas, Beri Teguran Pada Pelakon BBNU

gempak
18/11/2024
05:55 MYT
Pelakon Lana Nodin meluahkan rasa kurang senang dengan sikap segelintir pelakon yang digelar Budak-Budak Baru Nak Up (BBNU) di set penggambaran.
Hiburan

“Moga Allah Angkat Musibah Kita…” - Hana Ismail Titip Ucapan Hari Lahir Buat Suami, Syed Iqmal

gempak
23/10/2024
02:55 MYT
Sempena ulang tahun penceramah selebriti dan penyanyi Syed Iqmal atau lebih dikenali sebagai Da’i Syed, isterinya iaitu Hana Ismail menitipkan ucapan istimewa.
Hiburan

Lagi 7 Saman Baharu Difail Ke Atas Sean 'Diddy' Combs, Ada Dakwa Telah Diserang & Dir*gol Ketika Parti

gempak
22/10/2024
04:55 MYT
Sebanyak tujuh lagi saman sivil baharu difailkan terhadap Sean "Diddy" Combs termasuk dua daripada dakwaan mengatakan mereka masih di bawah umur ketika didakwa dibius dan diserang oleh penerbit muzik ternama Hollywood itu.
Viral

Dipenjara Aniaya & Rog*l Binatang, Lelaki Tidak Suka Jadi Manusia Mahu Jadi Kuda

gempak
20/10/2024
20:55 MYT
Kisah sadis Adam Britton yang mempunyai kemahiran mengawal haiwan termasuk buaya menganiaya serta merogol binatang sejak beberapa tahun lalu berakhir apabila dia menerima hukuman penjara.
Unitar