HIBURAN
Dahulu Popular, Album Terjual Cecah 20 Juta Keping, Kini Dawn Robinson Reda Hidup Sebagai Gelandangan - “Pada Mulanya Semua Indah….”
Bekas vokalis utama kumpulan R&B terkenal En Vogue, Dawn Robinson berkongsi mengenai kisah kejatuhan hidupnya selepas mengalami masalah kewangan kerana pandemik.
Menerusi perkongsian video di saluran Youtube, Dawn mendedahkan dirinya menjalani hidup sebagai gelandangan dan terpaksa tidur dalam kereta selama hampir tiga tahun.
Kata Dawn, selepas pandemik, dia tinggal bersama ibu bapanya di Las Vegas, namun keadaan itu tidak bertahan lama.
Kemudian, bekas pengurusnya meyakinkan dirinya untuk berpindah ke Los Angeles, malangnya hanya membiarkannya tanpa hala tuju yang jelas
“Pada mulanya semua indah, namun kemudian keadaan menjadi teruk. Ibu saya mula marah dan saya selalu menjadi target.
“Saya ingat dia mahu membantu saya mencari tempat tinggal tetap, tetapi saya cuma ditempatkan di hotel sementara tanpa penyelesaian jangka panjang,” dedahnya.
Gara-gara terdesak, Dawn beradaptasi dengan kesusahan dan terpaksa memulakan cara hidup dalam kereta.
Meskipun tidak memiliki rumah sendiri, Dawn berkongsi bahawa dia mempunyai keahlian di sebuah gimnasium yang dijadikan tempat dia membersihkan diri.
Selain itu, Dawan juga menzahirkan rasa rasa kecewanya terhadap kakaknya yang didakwa telah mengkhianatinya di masa lalu.
Bagaimanapun, berterima kasih kepada ibu bekas teman lelakinya, pembantu peribadinya Niecy, abangnya Evin, serta penyanyi Klymaxx, Joyce Irby, yang menjadi penyokong utamanya.
Sekadar info, pendedahan mengejutkan ini muncul selepas En Vogue membuat persembahan di NBA All-Star Weekend 2025 tanpa Dawn di Oakland.
Imbas kembali, Dawn merupakan anggota asal Kumpulan En Vogue bermula 1989 sebelum memilih untuk membawa haluan sendiri pada 1997.
Kemudian, dia sekali lagi menyertai kumpuan itu tetapi untuk seketika pada 2005 dan 2008 sehingga 2011.
Selain En Vogue, Dawn pernah menyerti Kumpulan Lucy Pearls dan menghasilkan sebuah album yang mencapai taraf platinum.
En Vogue pernah mencatat kejayaan besar dengan jualan melebihi 20 juta rekod, dan menjadi antara Kumpulan penyanyi wanita paling ikonik dalam sejarah muzik antarabangsa.
Must-Watch Video