Viral

Dahlia Rizal Kongsi Pengalaman Naik ‘Business Class’ 3 Syarikat Penerbangan Berbeza Buat Netizen Terkedu - “Baik Aku Naik Bas Sajalah”

gempak
Ainun
08/01/2025
04:10 MYT
Sponsor Banner
Dahlia Rizal Kongsi Pengalaman Naik ‘Business Class’ 3 Syarikat Penerbangan Berbeza Buat Netizen Terkedu - “Baik Aku Naik Bas Sajalah”
Pempengaruh Dahlia Rizal berkongsi pengalaman dia menaiki ‘Business Class’ di tiga buah syarikat penerbangan yang berlainan.
Menerusi perkongsian di aplikasi TikTok, Dahlia mengakui dirinya teruja dapat merasai pengalaman menaiki tiga jenis kelas perniagaan penerbangan, iaitu Malaysia Airlines, Qatar Airline dan Emirates Airlines.

“Alhamdulillah, tahun 2024 ada rezeki lebih sedikit untuk naik kelas perniagaan buat kali pertama semasa melancong.

“Moga dapat merasa lagi naik kelas perniagaan lain untuk tahun ini!” tulisnya dalam perkongsiannya di TikTok.
Pada masa yang sama, isteri kepada Imran Aqil itu turut berkongsi perbandingan harga antara ketiga-tiga penerbangan tersebut, yang jelas menunjukkan perbezaan ketara.
Namun begitu, Dahlia mengakui dirinya sangat berpuas hati dengan pengalaman tersebut.
“Qatar Qsuite, RM16,000. Sangat besar dan selesa untuk tidur.
“Malaysia Airlines kelas perniagaan pergi dan balik dalam anggaran harga RM9,000. Tempat duduk selesa tapi ruang agak sempit.
“Emirates Airlines kelas perniagaan pula pergi dan balik dalam anggaran RM25,400, tetapi ada sedikit kekurangan,” kongsinya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terkedu dengan harga yang ditawarkan.

BERITA TRENDING: Lebih Selektif, Aaron Aziz Mahu Kurangkan Watak ‘Klise’ - “Jadi Lelaki Gay Saya Okay Kerana…”

BERITA TRENDING: Sokongan Orang Ramai Buat Kiah Propa Kuat, Belajar Erti Hidup Sejak Jaga Suami Sakit - “Memang Ada Masa Saya Akan Rasa Down Sebab…”

BERITA TRENDING: Game On! Dewi Sedia Berhadapan Dengan Cik Epal - "Saya Akan Lawan Sehingga…"

BERITA TRENDING: Bermula Dengan Ceria Popstar, Erissa Puteri Tak Kisah Nama Lambat Panas Meski 10 Tahun Dalam Industri – “Saya Tak Terasa Sebab..."

Namun, ada juga segelintir yang bersetuju dengan pendapat Dahlia mengenai pengalaman menaiki kelas perniagaan Emirates Airlines.
Antara komen yang ditinggalkan:
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024